Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA TATAKELAKUAN DAN PENGURUSAN TATATERTIB PEGAWAI AWAM VERSI 1.0 (2022) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Diedarkan kepada: Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan

i KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT TUJUAN 1 LATAR BELAKANG 1 PELAKSANAAN 2 TARIKH BERKUATKUASA 4 PEMBATALAN 4 PEMAKAIAN 4 LAMPIRAN I Senarai Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran Yang Dibatalkan 1-1 Pembentukan dan Keanggotaan Pihak Berkuasa Tatatertib CERAIAN UP.7.1.1 Peraturan Berkaitan Pembentukan Dan Keanggotaan Pihak Berkuasa Tatatertib 5 Lampiran UP.7.1.1(A) Jadual Keanggotaan Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No. 1) 1-1 Lampiran UP.7.1.1(B) Jadual Keanggotaan Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No. 2) 2-1 Lampiran UP.7.1.1(C) Jadual Keanggotaan Lembaga Tatatertib Kumpulan Pelaksana (No. 1) 3-1 Lampiran UP.7.1.1(D) Jadual Keanggotaan Lembaga Tatatertib Kumpulan Pelaksana (No. 2) 4-1 Lampiran UP.7.1.1(E) Jadual Keanggotaan Lembaga Tatatertib bagi Kakitangan Perwakilan di Luar Negeri 5-1 Lampiran UP.7.1.1 (F) Penamaan Pengerusi Atau Anggota Lembaga Tatatertib 6-1 Etika dan Tatakelakuan CERAIAN UP.7.2.1 Kewajipan Mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 9 CERAIAN UP.7.2.2 Pekerjaan Luar 12 CERAIAN UP.7.2.3 Etika Berpakaian Dan Penampilan Pegawai Awam 15

ii PERKARA MUKA SURAT CERAIAN UP.7.2.4 Larangan Penglibatan Pegawai Awam Dalam Penyalahgunaan Dan Penagihan Dadah 16 Lampiran UP.7.2.4(A) Format Perakuan Pegawai Perubatan Kerajaan Bagi Tindakan Tatatertib Atas Kesalahan Penyalahgunaan Atau Penagihan Dadah 1-1 CERAIAN UP.7.2.5 Pengurusan Penerimaan dan Pemberian Hadiah, Keraian dan Tajaan Dalam Perkhidmatan Awam 20 Lampiran UP.7.2.5(A) Permohonan Kelulusan Penerimaan Hadiah 1-1 Lampiran UP.7.2.5(B) Akuan Pemberian Hadiah/ Sumbangan Kepada (Nama Jabatan) 2-1 Lampiran UP.7.2.5(C) Format Poster Berkaitan Dasar Tidak Menerima Hadiah (No Gift Policy) 3-1 CERAIAN UP.7.2.6 Pemilikan dan Perisytiharan Harta Oleh Pegawai Awam 37 CERAIAN UP.7.2.7 Peraturan Berkaitan Penyelenggaraan Taraf Kehidupan Dan Keterhutangan Kewangan Yang Serius 46 CERAIAN UP.7.2.8 Pelantikan Pegawai Awam Dalam Lembaga Pengarah Perbadanan Awam, Syarikat Kerajaan, Syarikat Kepentingan Kerajaan dan Syarikat Persendirian 54 CERAIAN UP.7.2.9 Penglibatan Pegawai Awam Dalam Koperasi 58 Lampiran UP.7.2.9(A) Permohonan Untuk Memegang Jawatan Dalam Koperasi 1-1 CERAIAN UP.7.2.10 Peraturan Berkaitan Pernyataan Awam Oleh Pegawai Awam 61 CERAIAN UP.7.2.11 Penglibatan Pegawai Awam Dalam Politik 64 Lampiran UP.7.2.11(A) Borang JPA (T) 1/96: Permohonan Untuk Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Politik 1-1 Lampiran UP.7.2.11(B) Syarat-Syarat Yang Dikenakan Kepada Pegawai Awam Yang Diluluskan Untuk Bergiat Dalam Aktiviti Politik 2-1

iii PERKARA MUKA SURAT Lampiran UP.7.2.11(C) Format Surat Keputusan Untuk Bergiat Dalam Aktiviti Politik 3-1 Lampiran UP.7.2.11(D) Format Surat Kelulusan Untuk Bergiat Dalam Aktiviti Politik 4-1 Lampiran UP.7.2.11(E) Borang JPA (T) 2/96: Pemakluman Keahlian Dalam Parti Politik 5-1 Lampiran UP.7.2.11(F) Borang JPA (T) 1/10: Permohonan Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Politik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Hingga DG48 6-1 Lampiran UP.7.2.11(G) Syarat-Syarat Yang Dikenakan Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Hingga DG48 Untuk Bergiat Dalam Aktiviti Politik 7-1 Lampiran UP.7.2.11(H) Format Surat Kelulusan Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Hingga DG48 Untuk Bergiat Dalam Aktiviti Politik 8-1 Lampiran UP.7.2.11(I) Format Surat Keputusan Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Hingga DG48 Untuk Bergiat Dalam Aktiviti Politik 9-1 Ketidakhadiran Tanpa Cuti CERAIAN UP.7.3.1 Ketidakhadiran Bertugas 69 CERAIAN UP.7.3.2 Tatacara Tindakan Tatatertib Bagi Kes Tidak Hadir Bertugas Selama Tujuh (7) Hari Bekerja Berturut-Turut Dan Tidak Dapat Dikesan 71 Lampiran UP.7.3.2(A) Format Warta Kerajaan Pemberitahuan Di Bawah Subperaturan 26(7) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 1-1 Pengurusan Tatatertib CERAIAN UP.7.4.1 Tatacara Tatatertib 73 CERAIAN UP.7.4.2 Tatacara Penahanan Kerja dan Penggantungan Kerja 77

iv PERKARA MUKA SURAT CERAIAN UP.7.4.3 Pengurusan Laporan Berhubung Dengan Tatakelakuan Pegawai Awam Yang Dirujuk Oleh Pihak Berkuasa Integriti 81 Lampiran UP.7.4.3(A) Carta Alir Pengurusan Laporan Berhubung Dengan Tatakelakuan Pegawai Awam Yang Dirujuk Oleh Pihak Berkuasa Integriti 1-1 Lampiran UP.7.4.3(B1) Maklum Balas Ketua Jabatan Terhadap Laporan Pihak Berkuasa Integriti 2-1 Lampiran UP.7.4.3(B2) Maklum Balas Pihak Berkuasa Integriti Berkenaan Permohonan Maklumat Tambahan 2-2 Lampiran UP.7.4.3(C) Maklum Balas Keputusan Tatatertib Terhadap Laporan Pihak Berkuasa Integriti 3-1 Tatacara Penyelenggaraan Tindakan Tatatertib Kes Jenayah CERAIAN UP.7.5.1 Pengurusan Pegawai Yang Tertakluk Kepada Prosiding Jenayah 87 Lampiran UP.7.5.1(A) Tatacara Bagi Mengambil Tindakan Tatatertib Jika Prosiding Jenayah Telah Dimulakan Terhadap Seorang Pegawai 1-1 Lampiran UP.7.5.1(B) Tatacara Bagi Mengambil Tindakan Tatatertib Terhadap Pegawai Yang Sedang Dibicarakan Di Mahkamah Tanpa Menunggu Prosiding Ke Atasnya Selesai 2-1 Lampiran UP.7.5.1(C) Tatacara Bagi Mengambil Tindakan Tatatertib Terhadap Pegawai Yang Sedang Dibicarakan Di Mahkamah Tanpa Menunggu Prosiding Ke Atasnya Selesai 3-1

v Jejak Dokumen: Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan 1. U.P.7.2.3 (1 Januari 2022) Ceraian 7.2.3 SPP Bilangan 1 Tahun 2008 dibatalkan dan digantikan dengan SPP Bilangan 1 Tahun 2021. 2. U.P.7.2.3 (4 Februari 2022) Ceraian 7.2.3 Ceraian Etika Berpakaian Dan Penampilan Pegawai Awam (SEDANG DITAMBAHBAIK) 3. UP.7.2.6 (1 Julai 2022) Pindaan melibatkan sub-topik TAFSIRAN Tambahan tafsiran “anak” ertinya anak bagi seseorang pegawai yang di bawah tanggungannya, termasuk— (i) anak yang lahir selepas kematian, anak tiri tanggungan dan anak tak sah taraf pegawai itu; (ii) anak yang diambil sebagai anak angkat oleh pegawai itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan keterangan yang memuaskan mengenai pengangkatan itu; dan (iii) anak, tidak kira apa jua umurnya, yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri; 4. UP.7.4.3 (17 April 2023) Tiada Ceraian baharu diperkenalkan seperti tajuk berikut: UP.7.4.3: Pengurusan Laporan Berhubung Dengan Tatakelakuan Pegawai Awam Yang Dirujuk Oleh Pihak Berkuasa Integriti Ceraian ini berkuatkuasa mulai 17 April 2023. (Rujuk Surat Edaran JPA.600-8/1/8(1)).

vi Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan 5. Ceraian UP.7.2.5 (16 Januari 2024) Pindaan 1: Versi lama Ceraian UP.7.2.5 dibatalkan Dipinda kepada Versi baharu Ceraian UP.7.2.5 (Rujuk Surat Edaran JPA.(S)6001/3/8 JLD.3 (6) bertarikh 16 Januari 2024)

 1 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan _____________________________________________________________________ PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________ TATAKELAKUAN DAN PENGURUSAN TATATERTIB PEGAWAI AWAM VERSI 1.0 (2022) TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai peraturan berkaitan tatakelakuan dan pengurusan tatatertib yang melibatkan Pegawai Awam. Ianya tidak akan membatalkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam yang sedang berkuatkuasa. LATAR BELAKANG 2. Pembentukan sebuah perkhidmatan awam berintegriti merupakan salah satu tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib. Dalam menjalankan fungsi dan kuasa yang diperuntukkan, setiap anggota Lembaga Tatatertib, urus setia Lembaga dan Ketua Jabatan perlu mempunyai kefahaman yang mencukupi berhubung peruntukan undang-undang, dasar dan KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DIRECTOR-GENERAL OF PUBLIC SERVICE Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Public Service Department, Malaysia Aras 13, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA MALAYSIA

 2 peraturan-peraturan berkaitan pengurusan tatatertib yang berkuatkuasa. Pengetahuan mengenai peruntukan undang-undang berkaitan perlu dihayati agar pengurusan tatatertib dapat dilaksanakan dengan berkesan dan memenuhi kehendak serta semangat perundangan yang berteraskan prinsip keadilan. 3. Pengurusan tatatertib dalam Perkhidmatan Awam yang berpunca kuasa daripada Perkara 132(2), Perlembagaan Persekutuan ditadbir di bawah peraturan-peraturan seperti berikut: (i) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993]; (ii) Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 [P.U.(A) 396/1993]; dan Peraturan-Peraturan Lembaga Perkhidmatan Pelajaran 1994 [P.U.(A) 458/1994]; dan (iii) Pekeliling / Surat Pekeliling / Surat Pekeliling Am / Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam / Surat Edaran, akta berkaitan dan lain-lain peraturan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. PELAKSANAAN 4. Berikut disenaraikan dasar, tatacara dan garis panduan mengenai tatakelakuan serta pengurusan tatatertib yang menjelaskan dengan lebih lanjut pelaksanaan peraturan-peraturan yang dinyatakan di perkara 3 (i), (ii) dan (iii) di atas: Kod Ceraian Tema UP.7.1 Pembentukan dan Keanggotaan Pihak Berkuasa Tatatertib Ceraian UP.7.1.1 Peraturan Berkaitan Pembentukan dan Keanggotaan Pihak Berkuasa Tatatertib UP. 7.2 Etika dan Tatakelakuan Ceraian UP.7.2.1 Kewajipan Mematuhi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Ceraian UP. 7.2.2 Pekerjaan Luar Ceraian UP.7.2.3 Etika Berpakaian dan Penampilan Pegawai Awam

 3 Kod Ceraian Tema (SEDANG DITAMBAHBAIK) Ceraian UP.7.2.4 Larangan Penglibatan Pegawai Awam Dalam Penyalahgunaan dan Penagihan Dadah Ceraian UP.7.2.5 Pengurusan Penerimaan dan Pemberian Hadiah, Keraian dan Tajaan Dalam Perkhidmatan Awam Ceraian UP.7.2.6 Pemilikan dan Perisytiharan Harta Oleh Pegawai Awam Ceraian UP.7.2.7 Peraturan Berkaitan Penyelenggaraan Taraf Kehidupan dan Keterhutangan Kewangan Yang Serius Ceraian UP.7.2.8 Pelantikan Pegawai Awam Dalam Lembaga Pengarah Perbadanan Awam, Syarikat Kerajaan, Syarikat Kepentingan Kerajaan dan Syarikat Persendirian Ceraian UP.7.2.9 Penglibatan Pegawai Awam Dalam Koperasi Ceraian UP.7.2.10 Peraturan Berkaitan Pernyataan Awam Oleh Pegawai Awam Ceraian UP.7.2.11 Penglibatan Pegawai Awam Dalam Politik UP. 7.3 Ketidakhadiran Tanpa Cuti Ceraian UP.7.3.1 Ketidakhadiran Bertugas Ceraian UP.7.3.2 Tatacara Tindakan Tatatertib Bagi Kes Tidak Hadir Bertugas Selama Tujuh (7) Hari Bekerja BerturutTurut dan Tidak Dapat Dikesan UP. 7.4 Pengurusan Tatatertib

 4 Kod Ceraian Tema Ceraian UP.7.4.1 Tatacara Tatatertib Ceraian UP.7.4.2 Tatacara Penahanan Kerja dan Penggantungan Kerja Ceraian UP.7.4.3 Pengurusan Laporan Berhubung Dengan Tatakelakuan Pegawai Awam Yang Dirujuk Oleh Pihak Berkuasa Integriti UP. 7.5 Tatacara Penyelenggaraan Tindakan Tatatertib Kes Jenayah Ceraian UP.7.5.1 Pengurusan Pegawai Yang Tertakluk Kepada Prosiding Jenayah TARIKH BERKUATKUASA 5. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022. PEMBATALAN 6. Dengan berkuatkuasanya PPSM ini, Pekeliling Perkhidmatan (PP), Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) dan Surat Edaran (SE) seperti senarai di Lampiran I adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 7. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, PPSM ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

 1-1 LAMPIRAN I Senarai Pekeliling Perkhidmatan (PP), Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) dan Surat Edaran (SE) Yang Dibatalkan Bil. Tema PP/SPP/SE Yang Dibatalkan 1. Pembentukan dan Keanggotaan Pihak Berkuasa Tatatertib (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1995: Peraturan Mengganti Mana-Mana Anggota Lembaga Tatatertib Mengikut Sub-Peraturan 2(3), Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993; dan (ii) Surat Edaran JPA(S)TT.8006 Jilid 20(93) bertarikh 25 Mei 2010: Representasi Mengurangkan Hukuman Yang Akan Dikenakan Ke Atas Pegawai Oleh Lembaga Tatatertib Setelah Pegawai Diputuskan Bersalah. 2. Etika dan Tatakelakuan Kewajipan Mematuhi Peraturan Pegawai Awam (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 28 Tahun 2009: Tanggungjawab Pegawai Awam terhadap Penyampaian Perkhidmatan Awam Berdasarkan Tatakelakuan Pegawai Awam; (ii) Surat Edaran JPA(S)TT.71/140(6) bertarikh 5 Januari 2006: Meningkatkan Tahap Disiplin Pegawai Awam; (iii) Surat Edaran JPA(S)TT.71/140(15) bertarikh 30 Mei 2007: Meningkatkan Tahap Disiplin Pegawai Awam; (iv) Surat Edaran JPA(S)TT.71/140(25) bertarikh 6 Disember 2007: Kawalan dan Pengawasan Disiplin Pegawai Awam; (v) Surat Edaran JPA(S)TT.233/2 Jilid 2(1) bertarikh 27 Januari 2010: Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Pegawai Awam;

 1-2 Bil. Tema PP/SPP/SE Yang Dibatalkan (vi) Surat Edaran JPA.BK(S)223/9/3(16) bertarikh 12 Oktober 2011: Penentuan Penyelia Di Setiap Peringkat Di Dalam Kementerian Dan Jabatan Bagi Tujuan Kawalan Dan Pengawasan Tatatertib; (vii) Surat Edaran JPA.BK(S)201/5(57) bertarikh 30 Julai 2012: Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Penjawat Awam; dan (viii) Surat Edaran JPA.BK(S)223/8/2-3 Jld.4(31) bertarikh 16 Ogos 2012: Kepentingan Melindungi Maklumat Rahsia Dan Terperingkat Kerajaan. Pekerjaan Luar (i) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 1970: Pekerjaan Luar (Pensharah Atau Tutor Sambilan Di Universiti Atau Pusat Pelajaran Tinggi); dan (ii) Surat Edaran JPA.BK(S)201/8 (29) bertarikh 6 Mac 2014: Pemantauan Ke Atas Pegawai Awam Yang Menjalankan Perniagaan Dalam Talian. Larangan Penglibatan Pegawai Awam Dalam Penyalahgunaan Dan Penagihan Dadah (i) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1989: Ujian Air Kencing Mengejut Bagi Mengesan Penagihan Dadah Di Agensi-Agensi Kerajaan; dan (ii) Surat Edaran JPA(S)TT.8006/1 Jld.2/(83) bertarikh 11 April 2007: Perakuan Oleh Pegawai Perubatan Kerajaan Mengenai Penagihan Dadah, Menggunakan atau Mengambil Selain Bagi Maksud Perubatan atau Menyalahgunakan Suatu Dadah Berbahaya.

 1-3 Bil. Tema PP/SPP/SE Yang Dibatalkan Tatacara Pemberian Dan Penerimaan Hadiah Dalam Perkhidmatan Awam (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998: Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah Di Dalam Perkhidmatan Awam; dan (ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2008: Pihak Berkuasa Meluluskan Penerimaan Hadiah Oleh Jabatan Kerajaan. Pemilikan dan Perisytiharan Harta Oleh Pegawai Awam (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002: Pemilikan Dan Perisytiharan Harta Oleh Pegawai Awam; (ii) Surat Edaran JPA(S)TT.7076 Klt.12/(91) bertarikh 16 Januari 2009: Pembatalan Surat JPA Bil. JPA(S)TT.7076 Jld. 9/(101) Bertarikh 28 November 2003 Mengenai Kewajipan Mengisytiharkan Harta oleh Pegawai Awam di Bawah Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; (iii) Surat Edaran JPA(S)TT.7076 Klt.12/(99) bertarikh 29 Julai 2009: Pematuhan Kepada Arahan Di Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002 Mengenai Pemilikan Dan Perisytiharan Harta Oleh Pegawai Awam; dan (iv) Surat Edaran JPA(S)TT.71/12/1 Jld.6 (15) bertarikh 29 Mac 2010: Penetapan Harta Di Bawah Subperaturan 10(8) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993. Peraturan Berkaitan Penyelenggaraan Taraf Kehidupan dan Keterhutangan Yang Serius (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009: Larangan Penglibatan Pegawai Awam Dalam Skim Cepat Kaya; (ii) Surat Edaran JPA.SULIT(TT)7082)/(7) bertarikh

 1-4 Bil. Tema PP/SPP/SE Yang Dibatalkan 1 Ogos 2000: Peraturan Mengenai Larangan Meminjam Wang Dan Berada Dalam Keterhutangan Kewangan Yang Serius Ke Atas Pegawai Awam; (iii) Surat Edaran JPA(S)TT.7082 Jld.6(35) bertarikh 28 Disember 2005: Peraturan Mengenai Larangan Meminjam Wang dan Berada Dalam Keterhutangan Kewangan Yang Serius Ke Atas Pegawai Awam; (iv) Surat Edaran JPA(S)TT.7082 Jld.6(36) bertarikh 4 Januari 2006: Peraturan Mengenai Larangan Meminjam Wang dan Berada Dalam Keterhutangan Kewangan Yang Serius Ke Atas Pegawai Awam; (v) Surat Edaran JPA(S)TT.7082 Jld.6(37) bertarikh 4 Januari 2006: Peraturan Mengenai Larangan Meminjam Wang dan Berada Dalam Keterhutangan Kewangan Yang Serius Ke Atas Pegawai Awam; dan (vi) Surat Edaran JPA.BK(S)328/2 Jld.15 (30) bertarikh 13 November 2017: Pengecualian Potongan Pinjaman Perumahan Bagi Pengiraan Pendapatan Bersih Penjawat Awam. Pelantikan Pegawai Awam Dalam Lembaga Pengarah Perbadanan Awam, Syarikat Kerajaan, Syarikat Kepentingan Kerajaan Dan Syarikat Persendirian (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1982: Penglibatan Kakitangan Kerajaan Dalam Lembaga Pengarah Syarikat Perdagangan/ Perusahaan Persendirian atau Syarikat Perdagangan/ Perusahaan Di Mana Koperasi/ Tabung/ Kesatuan Sekerja Kakitangan Awam Mempunyai Kepentingan; dan (ii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1985: Garis Panduan Mengenai Perlantikan Dan Peranan Pegawai Kerajaan Sebagai Pengerusi Ketua Eksekutif Dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan

 1-5 Bil. Tema PP/SPP/SE Yang Dibatalkan Awam, Syarikat-Syarikat Kerajaan dan SyarikatSyarikat Kepentingan Kerajaan. Penglibatan Pegawai Awam Dalam Koperasi (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1995: Penglibatan Pegawai Awam Dalam Pergerakan Koperasi. Peraturan Berkaitan Pernyataan Awam Oleh Pegawai Awam (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1995: Pembatalan Pekeliling Mengenai Pengurusan Tatatertib; (ii) Surat Edaran JPA(S)TT.71/140 (46) bertarikh 14 Mei 2010: Larangan Pegawai Awam Membuat Pernyataan Awam; (iii) Surat Edaran JPA.BK(S)223/8/2-3 Jld.4(56) bertarikh 7 Jun 2013: Tanggungjawab Pegawai Awam Dalam Memelihara Integriti perkhidmatan Awam Semasa Menggunakan Media Sosial Di Internet; (iv) Surat Edaran JPA.BK(S)343/7-4(14) bertarikh 15 Julai 2016: Larangan Membuat Penyataan Awam Oleh Pegawai Awam; (v) Surat Edaran JPA.BK(S)343/20(9) bertarikh 11 September 2019: Larangan Membuat Pernyataan Awam Oleh Pegawai Awam; dan (vi) Surat Edaran JPA.BK(S)343/20(15) bertarikh 6 November 2019: Peringaan Terhadap Larangan Membuat Pernyataan Awam Oleh Pegawai Awam.

 1-6 Bil. Tema PP/SPP/SE Yang Dibatalkan Penglibatan Pegawai Awam Dalam Politik (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1996: Permohonan Oleh Pegawai-Pegawai Awam Untuk Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Politik; dan (ii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2010: Permohonan Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Politik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 Hingga DG48 Yang Bertugas Di Institusi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). 3. Ketidakhadiran Tanpa Cuti Surat Edaran JPA(S)TT/343 Jilid 2(67) bertarikh 26 Mac 2010: Tindakan tatatertib ke atas pegawai awam yang mengemukakan sijil cuti sakit palsu atau meminda sijil cuti sakit. 4. Pengurusan Tatatertib Pengurusan Laporan Berhubung Dengan Tatakelakuan Pegawai Awam Yang Dirujuk Oleh Pihak Berkuasa Integriti (i) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1997: Garis Panduan Mengenai Cara Menguruskan Kes-Kes Tatatertib Yang Dirujuk Oleh Badan Pencegah Rasuah; (ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 1975: Lapuran Penyiasatan Biro Siasatan Negara; (iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 1967: Laporan Penyiasatan Pengarah Badan Pencegah Rasuah; dan (iv) Surat Edaran JPA(S)223/8/2-3 Jld.4 (36) bertarikh 23 Oktober 2012: Tindakan Tatatertib Terhadap Penjawat Awam Hasil Laporan Yang Dikemukakan Oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 1-7 Bil. Tema PP/SPP/SE Yang Dibatalkan 5. Tatacara Penyelenggaraan Tindakan Tatatertib Kes Jenayah Pengurusan Pegawai Yang Tertakluk Kepada Prosiding Jenayah (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 26 Tahun 2008: Garis Panduan Bagi Mengambil Tindakan Tatatertib Terhadap Pegawai Awam Yang Sedang Dibicarakan Atas Pertuduhan Jenayah Di Mahkamah Tanpa Menunggu Prosiding Jenayah Ke Atasnya Selesai; dan (ii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2009: Panduan Memanggil Balik Untuk Bertugas Semula Bagi Pegawai Yang Ditahan Kerja Akibat Prosiding Jenayah.

 5 CERAIAN UP.7.1.1 PERATURAN BERKAITAN PEMBENTUKAN DAN KEANGGOTAAN PIHAK BERKUASA TATATERTIB TUJUAN 1. Ceraian ini adalah untuk memaklumkan pembentukan dan keanggotaan Pihak Berkuasa Tatatertib serta tatacara permohonan untuk penggantian mana-mana anggota Lembaga Tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 [P.U.(A) 396/1993] dan Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pelajaran 1994 [P.U.(A) 458/1994]. LATAR BELAKANG 2. Sesuatu tindakan tatatertib ke atas mana-mana pegawai yang telah melakukan pelanggaran tatatertib hendaklah dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBTT) atau Lembaga Tatatertib (LTT) yang mempunyai bidang kuasa sebagaimana ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 [P.U.(A) 396/1993] dan Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pelajaran 1994 [P.U.(A) 458/1994]. PELAKSANAAN Pembentukan dan Keanggotaan Pihak Berkuasa Tatatertib 3. Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan, pembentukan serta keanggotaan sesebuah LTT di peringkat Kementerian dan Jabatan adalah seperti diperuntukkan di bawah peraturan serta Jadual berikut: (i) Peraturan 2, P.U.(A) 396/1993 (terpakai kepada pegawai lantikan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam); dan (ii) Peraturan 2, P.U.(A) 458/1994 (terpakai kepada pegawai lantikan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan).

 6 UP. 7.1.1 4. Lembaga Tatatertib (LTT) ini mempunyai bidang kuasa tatatertib seperti yang ditetapkan dalam Jadual berasaskan kepada kumpulan perkhidmatan serta mengikut tempat bertugas seseorang pegawai yang diambil tindakan tatatertib seperti berikut: (i) Suruhanjaya Perkhidmatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sebagai PBTT yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat bagi semua pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Selain itu kedua-dua Suruhanjaya Perkhidmatan ini juga menjalankan fungsi sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib bagi kumpulan pegawai/ kakitangan yang telah dikenakan tindakan/ hukuman tatatertib oleh LTT yang lain. Bagi pegawai yang memegang atau memangku jawatan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, semua bentuk tindakan tatatertib termasuk bagi tujuan buang kerja atau turun pangkat adalah di bawah bidang kuasa SPA. (ii) Pembentukan dan keanggotaan LTT melibatkan pegawai lantikan SPA dan SPP adalah seperti disenaraikan melalui lampiran-lampiran berikut: (a) Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.1) - Lampiran UP 7.1.1(A) (b) Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.2) - Lampiran UP 7.1.1(B) (c) Lembaga Tatatertib Kumpulan Pelaksana (No.1) - Lampiran UP 7.1.1(C) (d) Lembaga Tatatertib Kumpulan Pelaksana (No.2) - Lampiran UP 7.1.1(D) (e) Lembaga Tatatertib bagi Kakitangan Perwakilan di Luar Negeri - Lampiran UP 7.1.1(E) Jadual-jadual keanggotaan LTT di perkara 4(ii) di atas melibatkan gred jawatan yang telah disetarakan dengan gred jawatan terkini di bawah Sistem Saraan Malaysia.

 7 UP.7.1.1 Pengerusi LTT bagi Kumpulan Pelaksana No.1 dan Kumpulan Pelaksana No.2 hendaklah terdiri daripada dua (2) orang pegawai yang berbeza bagi melancarkan urusan penentuan jenis kesalahan sama ada “bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat” atau “dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat”. Peraturan Mengganti Mana-Mana Anggota Lembaga Tatatertib 5. Di bawah subperaturan 2(3), P.U.(A) 396/1993 dan subperaturan 2(3), P.U.(A) 458/1994, Ketua Setiausaha Negara boleh, atas sebab-sebab yang hendaklah direkodkan olehnya secara bertulis, menamakan mana-mana pegawai yang berpangkat lebih tinggi daripada pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib untuk menggantikan mana-mana anggota Lembaga Tatatertib, kecuali anggota yang dilantik bagi maksud Peraturan-peraturan tersebut. Keadaan Yang Memerlukan Anggota Ganti 6. Antara keadaan-keadaan yang memerlukan penggantian anggota Lembaga Tatatertib adalah seperti berikut: (a) jika mana-mana anggota Lembaga Tatatertib menjadi pengadu (complainant) terhadap pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib; (b) jika berlaku kekosongan mana-mana anggota yang sepatutnya menganggotai Lembaga Tatatertib; atau (c) jika mana-mana anggota Lembaga Tatatertib menarik diri dari sesuatu kes tertentu kerana dikhuatiri tidak adil / tidak wajar. Pegawai Yang Memangku Dan Menanggung Kerja 7. Bagi pegawai yang sedang memangku sesuatu jawatan, pegawai tersebut boleh menjadi Pengerusi atau anggota Lembaga Tatatertib tanpa perlu membuat permohonan.

 8 8. Bagi pegawai yang sedang menanggung kerja sesuatu jawatan yang sepatutnya menjadi Pengerusi atau anggota Lembaga Tatatertib, kelulusan Ketua Setiausaha Negara adalah diperlukan.

 9 UP.7.1.1 Tatacara Permohonan 9. Permohonan untuk mengganti Pengerusi atau anggota Lembaga Tatatertib hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam, dengan menggunakan Borang seperti di Lampiran UP.7.1.1(F). PEMBATALAN 10. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran seperti di bawah dibatalkan. (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1995: Peraturan Mengganti Mana-Mana Anggota Lembaga Tatatertib Mengikut Subperaturan 2(3), Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993; dan (ii) Surat Edaran JPA(S)TT.8006 Jilid 20(93) bertarikh 25 Mei 2010: Representasi Mengurangkan Hukuman Yang Akan Dikenakan Ke Atas Pegawai Oleh Lembaga Tatatertib Setelah Pegawai Diputuskan Bersalah. PEMAKAIAN 11. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

 1-1 LAMPIRAN UP.7.1.1 (A) Jadual Keanggotaan Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No. 1) Pihak Berkuasa Melantik Pengelasan Pegawai Bidang Kuasa Keanggotaan Lembaga Kementerian/Jabatan Persekutuan (Ibu Pejabat/Negeri)/Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri SPA Kumpulan Pengurusan Tertinggi Tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat Pengerusi: Ketua Setiausaha Negara (KSN) Anggota: (i) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) (ii) Dua (2) orang pegawai yang dilantik oleh Perdana Menteri Gred 48 yang setara dan ke atas dalam Kumpulan P&P SPP KPT Kumpulan Pengurusan Tertinggi Kementerian/ Politeknik/ Kolej Komuniti Pengerusi: Ketua Setiausaha Negara (KSN) Anggota: (i) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) (ii) Dua (2) orang pegawai yang dilantik oleh Perdana Menteri Gred 47 dan ke atas dalam Kumpulan P&P KPM Kumpulan Pengurusan Tertinggi Di Semua Peringkat Tempat Bekerja Pengerusi: Ketua Setiausaha Negara (KSN) Anggota: (i) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) (ii) Seseorang pegawai yang dilantik oleh Perdana Menteri Gred 48 yang setara dan ke atas dalam Kumpulan P&P

 2-1 LAMPIRAN UP.7.1.1 (B) Jadual Keanggotaan Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No. 2) Pihak Berkuasa Melantik Pengelasan Pegawai Bidang Kuasa Keanggotaan LTT Pengurusan (No.2) SPA Gred 41 atau setara hingga Gred 46 dalam Kumpulan P&P Tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat Kementerian Jabatan Persekutuan (Ibu Pejabat/Negeri) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pengerusi : Ketua Setiausaha (KSU) Anggota : (i) Timb. KSU/ Ketua Pengarah bagi Bahagian di bawah bidang kuasa mereka dalam Kementerian itu (ii) Seorang pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada Gred 48 atau setara, yang telah dilantik oleh KSU Pengerusi : Ketua Pengarah (KP)*/Ketua Jabatan (KJ) di peringkat Ibu Pejabat (jika tiada Ketua Pengarah) Anggota : (i) Timb. Ketua Pengarah/Timb. Ketua Jabatan (ii) Seorang pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada Gred 48 atau setara yang telah dilantik oleh KSU Pengerusi : Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Anggota : (i) Timb. SUK (ii) Seorang pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada Gred 48 atau setara, yang telah dilantik oleh SUK * Jika KP/KJ di peringkat Ibu Pejabat adalah anggota Pasukan Polis atau Angkatan Tentera, Pengerusi: KSU yang mempunyai bidang kuasa atas Jabatan berkenaan Anggota: (i) KP/KJ di peringkat Ibu Pejabat (ii) Seseorang pegawai berpangkat tidak rendah daripada Gred 48 dalam Kumpulan P&P yang telah dilantik oleh KSU

 2-2 Pihak Berkuasa Melantik Pengelasan Pegawai Bidang Kuasa Keanggotaan LTT Pengurusan (No.2) SPP KPT Gred 41 hingga 44 dalam Kumpulan P&P Kementerian/ Politeknik/ Kolej Komuniti Pengerusi : Ketua Setiausaha (KSU) Anggota : (i) Timb. KSU (ii) Ketua Perkhidmatan Skim Pendidikan Pengajian Tinggi (iii) Mana-mana pegawai Gred 48 ke atas dalam Kumpulan P&P yang dilantik oleh KSU KPM Gred 41 hingga 46 dalam Kumpulan P&P Di Semua Peringkat Tempat Bekerja Pengerusi : Ketua Setiausaha (KSU) Anggota : (i) Ketua Pengarah Perkhidmatan Pendidikan atau Timb. KSU (ii) Seorang pegawai berpangkat tidak rendah daripada Gred 48 dalam Kumpulan P&P yang dilantik oleh KSU

 3-1 LAMPIRAN UP.7.1.1 (C) Jadual Keanggotaan Lembaga Tatatertib Kumpulan Pelaksana (No. 1) Pihak Berkuasa Melantik Pengelasan Pegawai Bidang Kuasa Keanggotaan LTT Sokongan (No.1) SPA Kumpulan Pelaksana Tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat Kementerian Jabatan Persekutuan (Ibu Pejabat/Negeri) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pengerusi : Ketua Setiausaha (KSU) Anggota : (i) Timb. KSU/ Ketua Pengarah bagi Bahagian di bawah bidang kuasa mereka dalam Kementerian itu (ii) Penasihat Undang-Undang Kementerian/Peguam Kanan Persekutuan/Peguam Persekutuan atau seorang wakil Peguam Negara Pengerusi: Ketua Pengarah (KP)*/Ketua Jabatan (KJ) di peringkat Ibu Pejabat (jika tiada Ketua Pengarah) Anggota : (i) Timb. Ketua Pengarah (TKP)/Timb. Ketua Jabatan atau seseorang pegawai berpangkat tidak rendah daripada Gred 48 dalam Kumpulan P&P (ii) Penasihat Undang-Undang Kementerian/ Peguam Kanan Persekutuan/ Peguam Persekutuan atau seorang wakil Peguam Negara Pengerusi: Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Anggota : (i) Timb. Setiausaha Kerajaan Negeri (TSUK) (ii) Penasihat Undang-Undang Negeri atau Penolong kepada Penasihat Undang-Undang Negeri * Jika KP/KJ adalah anggota Pasukan Polis atau Angkatan Tentera, Pengerusi: KSU yang mempunyai bidang kuasa atas Jabatan berkenaan Anggota: (i) KJ atau Timbalan KJ di peringkat Ibu Pejabat atau seseorang pegawai berpangkat tidak rendah daripada Gred 48 dalam Kumpulan P&P

 3-2 Pihak Berkuasa Melantik Pengelasan Pegawai Bidang Kuasa Keanggotaan LTT Sokongan (No.1) (ii) Penasihat Undang-Undang Kementerian/ Peguam Kanan Persekutuan/Peguam Persekutuan atau seorang wakil Peguam Negara SPP KPT Tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat Kementerian/ Politeknik/ Kolej Komuniti Pengerusi : Ketua Setiausaha (KSU) Anggota : (i) Ketua Perkhidmatan Skim Pendidikan Pengajian Tinggi (ii) Penasihat Undang-Undang Kementerian/Peguam Kanan Persekutuan/Peguam Persekutuan KPM Di Semua Peringkat Tempat Bekerja Pengerusi : Ketua Setiausaha (KSU) Anggota : (i) Ketua Pengarah Pendidikan atau Timb. KSU (ii) Penasihat Undang-Undang Kementerian/Peguam Kanan Persekutuan/Peguam Persekutuan atau seorang wakil Peguam Negara

 4-1 LAMPIRAN UP.7.1.1 (D) Jadual Keanggotaan Lembaga Tatatertib Kumpulan Pelaksana (No. 2) Pihak Berkuasa Melantik Pengelasan Pegawai Bidang Kuasa Keanggotaan LTT Sokongan (No.2) SPA Kumpulan Pelaksana Tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat Kementerian Jabatan Persekutuan (Ibu Pejabat/Negeri) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pengerusi : Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU)/ Ketua Pengarah bagi Bahagian di bawah bidang kuasa mereka dalam Kementerian itu Anggota : (i) Setiausaha Bahagian/Timbalan Ketua Pengarah bagi Bahagian di bawah bidang kuasa mereka (ii) Seseorang pegawai berpangkat tidak rendah daripada Gred 48 dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam Kementerian yang berkenaan yang telah dilantik oleh KSU Pengerusi : Ketua Jabatan (KJ)* atau Ketua Bahagian Tempatan berpangkat tidak rendah daripada seseorang pegawai dalam Kumpulan P&P (jika KJ menjadi Pengerusi LTT Kumpulan Pelaksana No.1) Anggota : (i) Timbalan Ketua Jabatan/Timbalan Ketua Bahagian Tempatan atau pegawai terkanan selepas KJ atau Ketua Bahagian Tempatan berpangkat tidak rendah daripada seseorang pegawai daripada Kumpulan P&P (ii) Seseorang pegawai dalam Kumpulan P&P yang telah dilantik oleh KSU Pengerusi : Timb. Setiausaha Kerajaan Negeri Anggota : (i) Ketua Penolong Setiausaha (ii) Seseorang pegawai dalam Kumpulan P&P yang telah dilantik oleh SUK *Jika KP/KJ di peringkat Negeri adalah anggota Pasukan Polis atau Angkatan Tentera, Pengerusi: TKSU atau Setiausaha Bahagian atau seseorang pegawai berpangkat tidak rendah daripada

 4-2 Pihak Berkuasa Melantik Pengelasan Pegawai Bidang Kuasa Keanggotaan LTT Sokongan (No.2) Gred 48 dalam Kumpulan P&P yang berkhidmat dalam Kementerian yang mempunyai bidang kuasa atas Jabatan berkenaan Anggota: (i) KJ atau Timbalannya (ii) Seseorang pegawai dari Kumpulan P&P yang telah dilantik oleh KSU SPP KPT Kumpulan Pelaksana Tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat Kementerian Politeknik/Kolej Komuniti Pengerusi : Timbalan Ketua Setiausaha Anggota: (i) Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (ii) Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat Pengerusi : Ketua Pengarah Anggota: (i) Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (ii) Wakil Jabatan (yang berkaitan dengan tempat kerja pegawai) berpangkat tidak rendah daripada Gred 48 yang dilantik oleh KSU KPM Tempat Bekerja Pegawai Keanggotaan Lembaga Tatatertib 1. (a) Bahagian-Bahagian dalam Kementerian (termasuklah Jabatan-Jabatan Penuntut Malaysia di luar negeri) (b) Jabatan-Jabatan Pendidikan Negeri Pengerusi : Timbalan Ketua Setiausaha Anggota : (i) Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan atau Ketua Bahagian (ii) Seseorang pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada Gred 48 dalam Kumpulan P&P yang dilantik oleh KSU

 4-3 Pihak Berkuasa Melantik Pengelasan Pegawai Bidang Kuasa Keanggotaan LTT Sokongan (No.2) 2. Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh Pengerusi : Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah Anggota : (i) Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah (ii) Seseorang pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada Gred 41 dalam Kumpulan P&P yang dilantik oleh KSU SPP KPM Kumpulan Pelaksana Tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat 3. Maktab-Maktab dan Institut Perguruan Pengerusi : Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Anggota : (i) Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (ii) Seseorang pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada Gred 41 dalam Kumpulan P&P yang dilantik oleh KSU 4. Politeknik-Politeknik, Sekolah-Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah-Sekolah Menengah Vokasional Pengerusi : Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Anggota : (i) Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (ii) Seseorang pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada Gred 41 dalam Kumpulan P&P yang dilantik oleh KSU 5. Pejabat Pendidikan Daerah (Malaysia Barat), Pejabat Pendidikan Bahagian dan Daerah (Sabah dan Sarawak) dan Sekolah-Sekolah Pengerusi : Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Anggota : (i) Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (ii) Seseorang pegawai yang berpangkat tidak rendah daripada Gred 41 dalam Kumpulan P&P yang dilantik oleh KSU

 5-1 LAMPIRAN UP.7.1.1 (E) Jadual Keanggotaan Lembaga Tatatertib Bagi Kakitangan Perwakilan di Luar Negeri Pihak Berkuasa Melantik Pengelasan Pegawai Bidang Kuasa Keanggotaan Lembaga SPA Semua Kakitangan ambilan tempatan Perwakilan Malaysia di luar negeri Semua bentuk tindakan tatatertib termasuklah dengan tujuan untuk buang kerja atau turun pangkat Perwakilan Malaysia di Luar Negeri Pengerusi : Ketua Perwakilan Anggota : (i) Pegawai terkanan yang berikutnya selepas Ketua Perwakilan (ii) Seseorang pegawai yang dilantik oleh Ketua Perwakilan berpangkat tidak rendah daripada pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib

 6-1 LAMPIRAN UP.7.1.1 (F) PENAMAAN PENGERUSI ATAU ANGGOTA LEMBAGA TATATERTIB Mengikut kuasa yang diberi kepada saya di bawah subperaturan 2(3), PeraturanPeraturan Lembaga Tatatertib ...................................................., saya dengan ini menamakan: (i) Nama Pegawai : ……………………………………………………………. (ii) Jawatan : ……………………………………………………………. (iii) Gred / Jawatan : ……………………………………………………………. untuk menjadi pengganti Pengerusi / anggota* Lembaga Tatatertib bagi pihak Kumpulan ………………………………………………………………………………………………….. bagi …………………………………………………………………………………………….. 2. Penamaan ini dibuat atas alasan seperti berikut: Ketua Setiausaha Negara Tarikh: *Sila potong mana-mana yang tidak berkenaan

 9 CERAIAN UP.7.2.1 KEWAJIPAN MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan tanggungjawab pegawai awam untuk mematuhi peraturan-peraturan berdasarkan tatakelakuan pegawai awam seperti diperuntukkan di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U.(A) 395/1993]. LATAR BELAKANG 2. Sebagai jentera Kerajaan yang berperanan melaksanakan segala dasar dan keputusan Kerajaan, pegawai awam perlu menumpukan seluruh usaha dan tenaga ke arah penyampaian perkhidmatan yang efektif, efisien, berkualiti, telus, mendahulu serta mementingkan rakyat dan pelanggan. Aspek kualiti peribadi, disiplin dan integriti pegawai awam perlu diberi penekanan agar pelanggaran tatakelakuan seperti salah guna kuasa, kelewatan atau tiada tindakan, kegagalan penguatkuasaan dan kegagalan mengikut prosedur dapat dikekang bagi meningkatkan imej Perkhidmatan Awam dan persepsi pelanggan. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI AWAM 3. Bagi memastikan komitmen dan dasar Kerajaan dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam dapat dilaksanakan dengan cepat, cekap dan berkesan, semua pegawai awam hendaklah mematuhi Peraturan 4, P.U.(A) 395/1993. Sekiranya didapati melanggar peraturan berkenaan, pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib sehingga membawa kepada hukuman buang kerja atau turun pangkat. 4. Pegawai awam hendaklah: (a) taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan; (b) melaksanakan tugas dengan cekap; (c) jujur dan amanah; (d) bertanggungjawab serta berintegriti; (e) meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan sendiri;

 10 UP.7.2.1 (f) menjaga imej perkhidmatan awam; (g) tidak menggunakan kedudukan awam bagi faedah sendiri; (h) tidak menggunakan pengaruh atau tekanan luar; (i) tidak ingkar perintah; dan (j) tidak cuai melaksanakan tugas. 5. Pegawai awam hendaklah menjalankan tugas yang diamanahkan berdasarkan kuasa rasmi yang diperuntukkan kepadanya dan menguruskan maklumat Kerajaan dengan penuh berhemah dan bijaksana. Pegawai awam adalah tertakluk kepada akta dan peraturan yang sedang berkuatkuasa seperti Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] dan Arahan Keselamatan Kerajaan. 6. Mana-mana pegawai yang didapati membocorkan maklumat atau dokumen terperingkat Kerajaan adalah disifatkan telah melanggar subperaturan 4, P.U.(A) 395/1993. Pelanggaran peraturan berkenaan boleh menyebabkan pegawai awam dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman sehingga buang kerja. TANGGUNGJAWAB PENYELIA DAN KETUA JABATAN 7. Penyelia dan Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan setiap pegawai di bawah seliaan masing-masing untuk memahami, menghayati dan mematuhi peringatan dan penjelasan yang ditetapkan dalam Ceraian ini ke arah meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam. 8. Penyelia dan Ketua Jabatan juga adalah bertanggungjawab untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai dan melaporkan sebarang pelanggaran tatakelakuan, aku janji atau peraturan yang berkuat kuasa kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk diambil tindakan tatatertib. 9. Penyelia dan Ketua Jabatan yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan boleh dikenakan tindakan tatatertib, di bawah Peraturan 3C, P.U.(A) 395/1993. PEMBATALAN 10. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran seperti di bawah adalah dibatalkan:

 11 UP.7.2.1 (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 28 Tahun 2009: Tanggungjawab Pegawai Awam terhadap Penyampaian Perkhidmatan Awam Berdasarkan Tatakelakuan Pegawai Awam; (ii) Surat Edaran JPA(S)TT.71/140(6) bertarikh 5 Januari 2006: Meningkatkan Tahap Disiplin Pegawai Awam; (iii) Surat Edaran JPA(S)TT.71/140(15) bertarikh 30 Mei 2007: Meningkatkan Tahap Disiplin Pegawai Awam; (iv) Surat Edaran JPA(S)TT.71/140(25) bertarikh 6 Disember 2007: Kawalan dan Pengawasan Disiplin Pegawai Awam; (v) Surat Edaran JPA(S)TT.233/2 Jilid 2(1) bertarikh 27 Januari 2010: Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Pegawai Awam; (vi) Surat Edaran JPA.BK(S)223/9/3(16) bertarikh 12 Oktober 2011: Penentuan Penyelia Di Setiap Peringkat Di Dalam Kementerian Dan Jabatan Bagi Tujuan Kawalan Dan Pengawasan Tatatertib; (vii) Surat Edaran JPA.BK(S)201/5(57) bertarikh 30 Julai 2012: Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Penjawat Awam; dan (viii) Surat Edaran JPA.BK(S)223/8/2-3 Jld.4(31) bertarikh 16 Ogos 2012: Kepentingan Melindungi Maklumat Rahsia Dan Terperingkat Kerajaan. PEMAKAIAN 11. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

 12 MALAYSIA

 13 CERAIAN UP.7.2.2 PEKERJAAN LUAR TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan tanggungjawab pegawai awam untuk mematuhi peraturan berkaitan pekerjaan luar seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U.(A) 395/1993]. LATAR BELAKANG 2. Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam dapat dilaksanakan dengan cepat, cekap dan berkesan, semua pegawai awam hendaklah memberikan sepenuh komitmen dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya di pejabat. Penglibatan pegawai dalam aktiviti-aktiviti selain tugas dan tanggungjawab yang diberikan untuk menjana pendapatan sampingan adalah tidak dibenarkan dalam tempoh bekerja seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 5, P.U.(A) 395/1993. Pegawai hendaklah mematuhi sepenuhnya peraturan yang telah digariskan seperti berikut: Subperaturan 5(1), P.U.(A) 395/1993 memperuntukkan bahawa - “5. (1) Melainkan jika dan setakat yang dia dikehendaki atau dibenarkan untuk berbuat demikian dalam perjalanan tugasnya sebagai seorang pegawai perkhidmatan awam, seseorang pegawai tidak boleh— (a) mengambil bahagian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam pengurusan atau urusan apa-apa pengusahaan komersial, pertanian atau perindustrian; (b) mengusahakan bagi mendapatkan upah apa-apa kerja dengan manamana institusi, syarikat, firma atau individu persendirian; (c) sebagai seorang pakar, memberikan apa-apa laporan atau memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara percuma atau dengan dibayar upah; atau (d) bertugas sebagai seorang wasi, pentadbir atau penerima.”

 14 UP.7.2.2 3. Pada dasarnya, pegawai awam yang terlibat dengan perniagaan melalui media sosial atau dalam talian (online) adalah disifatkan telah melakukan pekerjaan luar. 4. Pegawai hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatannya, sekiranya berhasrat untuk menjalankan mana-mana aktiviti perniagaan atau melaksanakan mana-mana perkhidmatan yang dinyatakan dalam subperaturan 5(1) P.U.(A) 395/1993 itu, sama ada faedah daripada perkhidmatan berkenaan: (i) diterima oleh pegawai; atau (ii) diterima oleh saudara-mara pegawai yang dekat; atau (iii) diterima oleh mana-mana badan yang tidak mencari keuntungan (non-profit organisation) dan pegawai sedang memegang jawatan dalam badan berkenaan. 5. Seperti yang diperuntukkan di bawah subperaturan 5(3) P.U.(A) 395/1993, sekiranya permohonan secara bertulis telah dikemukakan oleh pegawai kepada Ketua Jabatan, Ketua Jabatan hendaklah menimbangkan permohonan berkenaan sama ada patut atau tidak untuk diberikan kebenaran. Pertimbangan hendaklah mengambil kira tatakelakuan yang digariskan di bawah Peraturan 4 P.U.(A) 395/1993 dan juga termasuk perkara-perkara di bawah: (a) pekerjaan luar berkenaan tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan semasa pegawai itu dikehendaki melaksanakan tugas rasminya; (b) pekerjaan luar berkenaan tidak akan dengan apa-apa cara cenderung menjejaskan kebergunaan pegawai itu sebagai seorang pegawai perkhidmatan awam; dan (c) pekerjaan luar berkenaan tidak akan dengan apa-apa cara cenderung bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam atau menjadi tidak selaras dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang pegawai perkhidmatan awam. TANGGUNGJAWAB PENYELIA DAN KETUA JABATAN 6. Sekiranya Penyelia atau Ketua Jabatan mendapati mana-mana pegawai di bawah seliaan masing-masing terlibat dalam aktiviti pekerjaan luar dan berlaku pelanggaran

 15 tatakelakuan, pegawai boleh dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk diambil tindakan tatatertib. UP.7.2.2 PENGECUALIAN 7. Sebarang pengecualian daripada mana-mana peruntukan dalam Ceraian ini selagimana tidak bertentangan dengan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa, hendaklah mendapat pertimbangan dan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. PEMBATALAN 8. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Surat Edaran seperti di bawah adalah dibatalkan. (i) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 1970: Pekerjaan Luar (Pensharah Atau Tutor Sambilan Di Universiti Atau Pusat Pelajaran Tinggi); dan (ii) Surat Edaran JPA.BK(S)201/8 (29) bertarikh 6 Mac 2014: Pemantauan Ke Atas Pegawai Awam Yang Menjalankan Perniagaan Dalam Talian. PEMAKAIAN 9. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

 15 CERAIAN UP.7.2.3 ETIKA BERPAKAIAN DAN PENAMPILAN PEGAWAI AWAM (SEDANG DITAMBAHBAIK) Pengguna MyPPSM boleh merujuk kepada punca kuasa berkaitan etika berpakaian dan penampilan pegawai awam seperti berikut: (i) Peraturan 6 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993]; (ii) Ceraian SR.1.2.1: Pakaian Semasa Menghadiri Upacara Rasmi Bagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik; dan (iii) Pekeliling Perkhidmatan/ Surat Pekeliling Perkhidmatan/ Surat Edaran di MyPPSPP: a. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985: Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Majlis-Majlis Rasmi Bagi Pegawai-Pegawai Awam; b. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1975: Pindaan Kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1974 Mengenai Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara-Upacara Resmi Bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan; c. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006: Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi; d. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2013: Pemakaian Two/Three-Piece Pant Suit Bagi Pegawai Awam Wanita Semasa Bekerja; e. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021: Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan; dan f. Surat Edaran JPA(S)TT.193/37/Jld.4(77) bertarikh 15 Mac 2005: Galakan Memakai Baju Kebangsaan Pada Hari Jumaat.

 16 CERAIAN UP.7.2.4 LARANGAN PENGLIBATAN PEGAWAI AWAM DALAM PENYALAHGUNAAN DAN PENAGIHAN DADAH TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai larangan penglibatan pegawai awam dalam penyalahgunaan dan penagihan dadah seperti diperuntukkan di bawah Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U.(A) 395/1993]. LATAR BELAKANG 2. Subperaturan 7(1) P.U.(A) 395/1993 menyatakan bahawa pegawai awam adalah dilarang menggunakan atau mengambil apa-apa dadah berbahaya, kecuali dipreskripsikan untuk kegunaannya bagi maksud perubatan oleh pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971. Pegawai awam juga adalah dilarang menyalahgunakan atau menagih apa-apa jenis dadah berbahaya. 3. Jika seseorang pegawai awam diperakui oleh Pegawai Perubatan Kerajaan menggunakan atau mengambil (selain bagi maksud perubatan) atau menyalahgunakan atau menagih suatu dadah berbahaya, pegawai itu boleh dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja seperti dinyatakan dalam subperaturan 7(2) P.U.(A) 395/1993. Selain itu, pegawai juga boleh ditamatkan demi kepentingan awam di bawah peraturan 49 P.U.(A) 395/1993 dengan syarat pegawai itu telah mencapai umur persaraan pilihan yang ditentukan oleh Kerajaan pada masa itu. 4. Bagi maksud Ceraian ini, “dadah berbahaya” bermaksud apa-apa dadah atau bahan yang disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952. 5. Kerajaan memandang serius isu penyalahgunaan dan penagihan dadah dalam kalangan pegawai awam serta sentiasa mengambil langkah tegas bagi membendung masalah tersebut. Usaha ini selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mewujudkan negara dan masyarakat Malaysia yang bebas daripada ancaman dadah bagi menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat, mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional.

 17 UP.7.2.4 6. Sehubungan itu, Ketua Jabatan-Ketua Jabatan adalah dikehendaki merancang dan melaksanakan program pencegahan dan pembasmian kegiatan penagihan dadah dalam kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan termasuk menubuhkan Pasukan Khas bagi tujuan tersebut. PELAKSANAAN Ujian Saringan Air Kencing Secara Mengejut 7. Pasukan Khas hendaklah ditubuhkan bagi melaksanakan Program Ujian Saringan Air Kencing Secara Mengejut ke atas pegawai awam di agensi-agensi Kerajaan. Keanggotaan Pasukan Khas adalah seperti berikut: (i) Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) selaku Ketua Pasukan; (ii) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/Jabatan Kesihatan Negeri (JKN); (iii) Wakil daripada Kementerian/Jabatan/Agensi di mana Program Ujian Saringan Air Kencing Secara Mengejut dijalankan; dan (iv) Polis Diraja Malaysia (PDRM) (apabila perlu). 8. Bidang tugas dan tanggungjawab Pasukan Khas adalah seperti berikut: (i) membuat perancangan dan persediaan pelaksanaan Program Ujian Saringan Air Kencing Secara Mengejut; (ii) memberi taklimat dan penerangan mengenai program kepada Ketua-ketua Jabatan; (iii) membuat lawatan ke Kementerian/Jabatan/Agensi yang dikenalpasti untuk mengambil sampel air kencing pegawai yang dikehendaki menjalani ujian; (iv) menjalankan ujian air kencing untuk mengenal pasti penggunaan, pengambilan, penyalahgunaan atau penagihan dadah oleh pegawai awam; (v) menyediakan laporan menggunakan format perakuan pegawai perubatan Kerajaan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy