Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 18 UP.7.2.4 (vi) mengambil tindakan terhadap pegawai yang disahkan terlibat dalam penyalahgunaan atau penagihan dadah mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, Akta Dadah Berbahaya 1952 atau manamana peraturan yang sedang berkuatkuasa; (vii) melaporkan kepada PDRM jika terdapat maklumat berkaitan kegiatan pengedaran dadah atau kes jenayah; dan (viii) menyampaikan keputusan ujian kepada Ketua Jabatan untuk tindakan tatatertib atau lain-lain tindakan yang bersesuaian. 9. Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan semua pegawai di bawah kawalannya mematuhi larangan menggunakan atau mengambil apa-apa dadah berbahaya, kecuali dipreskripsikan untuk kegunaannya bagi maksud perubatan oleh pengamal perubatan berdaftar atau menyalahgunakan atau menagih apa-apa jenis dadah berbahaya. Ketua Jabatan hendaklah melaporkan sebarang pelanggaran peraturan oleh pegawai berkaitan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk diambil tindakan tatatertib. Penggunaan Format Perakuan Pegawai Perubatan Kerajaan 10. Bagi memastikan tindakan tatatertib ke atas pegawai awam yang terlibat dengan penyalahgunaan atau penagihan dadah mematuhi kehendak Peraturan 7, P.U.(A) 395/1993, format perakuan pegawai perubatan Kerajaan bagi kes dadah telah ditetapkan sebagaimana dalam jadual kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2007 [P.U.(A)132/2007] seperti di Lampiran UP.7.2.4(A). PEMBATALAN 11. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran seperti di bawah adalah dibatalkan. (i) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1989 : Ujian Air Kencing Mengejut Bagi Mengesan Penagihan Dadah Di Agensi-Agensi Kerajaan; dan (ii) Surat Edaran JPA(S)TT.8006/1 Jld.2/(83) bertarikh 11 April 2007: Perakuan Oleh Pegawai Perubatan Kerajaan Mengenai Penagihan Dadah,

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy