Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 81 CERAIAN UP.7.4.3 PENGURUSAN LAPORAN BERHUBUNG DENGAN TATAKELAKUAN PEGAWAI AWAM YANG DIRUJUK OLEH PIHAK BERKUASA INTEGRITI TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menggariskan langkah-langkah bagi menguruskan laporan berhubung dengan salah laku pegawai yang dikemukakan oleh Pihak Berkuasa Integriti (PBI) untuk diambil tindakan tatatertib sekiranya berlaku pelanggaran tatakelakuan. LATAR BELAKANG 2. PBI berfungsi menjalankan siasatan berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa seperti Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] dan Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700]. Dapatan siasatan yang diperolehi mungkin boleh dikaitkan dengan pelanggaran tatakelakuan yang melibatkan pegawai awam. Oleh itu, PBI bertanggungjawab untuk mengemukakan laporan kepada Jabatan yang berkaitan bagi mengambil tindakan selanjutnya terhadap penemuan berkenaan. DEFINISI 3. Bagi maksud Ceraian ini— (a) “Pihak Berkuasa Integriti (PBI)” ertinya agensi, jawatankuasa atau badan yang diberikan kuasa di bawah undang-undang untuk menguruskan atau menguatkuasakan hal berkaitan dengan integriti termasuklah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC); (b) “Ketua Jabatan” ertinya seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu Jabatan dan termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi Jabatan itu untuk bertindak bagi pihaknya;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy