Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib

 157 CERAIAN UP.7.2.15 KEBENARAN KEPADA PEGAWAI AWAM BAGI MENUBUHKAN SYARIKAT PEGANGAN (HOLDINGS COMPANY) YANG DIMILIKI OLEH PEGAWAI DAN AHLI KELUARGA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan syarat-syarat bagi penubuhan Syarikat Pegangan (Holdings Company) yang dimiliki oleh pegawai dan ahli keluarga. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1987: Kebenaran Kepada Pegawai Awam Bagi Menubuhkan Syarikat Pegangan Keluarga (Family Holding Company) telah bersetuju membenarkan pegawai awam menubuhkan Syarikat Pegangan dan menjadi Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Pegangan yang berkenaan. 3. Penubuhan Syarikat Pegangan yang dimiliki oleh pegawai awam dan ahli keluarga adalah dibenarkan dalam keadaan yang berikut: (i) untuk memelihara kepentingan harta warisan yang diterima oleh pegawai dan ahli-ahli keluarganya khususnya untuk mengelakkan masalahmasalah yang berbangkit dari soal warisan apabila seseorang itu meninggal dunia; dan (ii) untuk memberi peluang kepada seseorang pegawai awam itu membuat persediaan yang wajar baginya untuk menjalankan kegiatan dalam Syarikat Pegangan selepas bersara daripada perkhidmatan awam. SYARAT-SYARAT 4. Pegawai awam dibenarkan untuk menubuhkan Syarikat Pegangan bertujuan untuk mentadbir harta yang dimiliki oleh mereka, termasuk harta yang dimiliki oleh suami atau isteri dan anak yang di bawah tanggungannya yang mana pemilikan harta itu telahpun dilaporkan kepada Ketua Jabatan, tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy