71 (v) Ketua Jabatan boleh menetapkan prosedur tambahan untuk proses pengagihan sumbangan berkenaan dengan mengguna pakai sumber dan peruntukan Jabatan sedia ada. 24. Penyaluran sumbangan tunai hendaklah dilaksanakan melalui cek atau transaksi elektronik ke akaun amanah Jabatan. 25. Bagi maksud Ceraian ini: “golongan yang memerlukan” ertinya individu atau sebilangan orang yang kurang bernasib baik seperti gelandangan, asnaf, fakir miskin, anak yatim dan sebagainya; dan “bencana” ertinya kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan urusan negara melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi atau kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif. Contohnya banjir, tanah runtuh atau ribut. Pungutan Derma 26. Tanpa menjejaskan ketetapan di bawah Ceraian ini, apa-apa pungutan derma oleh Jabatan kepada orang ramai hendaklah dilaksanakan berdasarkan Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan Di Jalan 1947 [Akta 200] dan apa-apa peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan di bawah Akta 200. Tatakelola Penglibatan Pegawai Awam Yang Menganggotai Persatuan 27. Mana-mana pegawai awam adalah dilarang— (i) menyalahgunakan kebenaran memohon sumbangan melalui persatuan untuk kepentingan peribadi; dan (ii) menggunakan kedudukan sebagai pegawai awam untuk mendapatkan sumbangan daripada pihak yang mempunyai kepentingan dengan Jabatan bagi mengekalkan imej pegawai awam yang berintegriti. Sekiranya pegawai didapati melakukan mana-mana kesalahan berkaitan larangan tersebut, pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah P.U. (A) 395/1993.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy