Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 81 UP.7.4.2 14. Berdasarkan Peraturan 45A, P.U.(A) 395/1993 setelah PBTT membuat keputusan terhadap prosiding tatatertib yang berbangkit daripada sabitan atau perintah tersebut dan berkeputusan dengan pegawai dibuang kerja, pegawai itu tidak berhak kepada apa-apa emolumen yang telah tidak dibayar kepadanya dalam tempoh tahan kerja atau gantung kerja itu. Sebaliknya jika PBTT membuat keputusan dengan hukuman selain buang kerja, pegawai itu hendaklah diarahkan menjalankan tugasnya semula dan berhak menerima apa-apa bahagian emolumen yang telah tidak dibayar kepadanya dalam tempoh tahan kerja atau gantung kerja itu. PEMAKAIAN 15. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy