Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib

 143 CERAIAN UP.7.2.13 TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN PEGAWAI AWAM SEBAGAI SAKSI DI DALAM PERBICARAAN DAN PENYIASATAN RASMI KERAJAAN TUJUAN 1. Tujuan Ceraian ini adalah untuk menjelaskan tentang pentingnya tanggungjawab dan peranan pegawai awam yang menjadi saksi untuk memberi keterangan dan mengemukakan dokumen dalam perbicaraan atau penyiasatan rasmi Kerajaan. LATAR BELAKANG 2. Pegawai awam boleh diarahkan atau diminta untuk menjadi saksi dalam perbicaraan atau siasatan di mahkamah, tribunal atau apa-apa penyiasatan rasmi Kerajaan. Pegawai yang menjadi saksi itu adalah atas sifatnya sebagai pegawai yang bertanggungjawab dalam sesuatu urusan berkaitan dengan perkara yang dibicarakan atau disiasat. Semasa perbicaraan atau penyiasatan itu dijalankan, pegawai berkenaan mungkin dengan sengaja atau tidak sengaja memberikan pendapat peribadi sendiri yang bercanggah dengan dasar Kerajaan mengenai perkara yang dibicarakan atau yang disiasat tersebut. PELAKSANAAN 3. Setiap pegawai yang disepina untuk menjadi saksi bagi memberi keterangan dan mengemukakan dokumen dalam perbicaraan mahkamah atau terlibat dengan penyiasatan rasmi Kerajaan hendaklah bertanggungjawab untuk– (a) memberi keterangan yang selaras dengan dasar Kerajaan sahaja; dan (b) hanya mengemukakan dokumen sebagaimana disepina oleh mahkamah atau dimohon oleh agensi penguatkuasa di bawah undangundang yang berkuat kuasa sahaja dan ditegah mengemukakan dokumen selainnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy