Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib

 146 Penasihat, Ahli Jawatankuasa Kelab atau apa-apa jawatan dalam kelab golf atau kelab rekreasi milik swasta berkenaan yang menikmati salah satu atau kesemua kemudahan tersebut; “Ketua Jabatan” ertinya seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu Jabatan dan termasuklah mana-mana pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi Jabatan itu untuk bertindak bagi pihaknya; “persatuan” bermaksud sesuatu kelab, pertubuhan, yayasan, badan atau kesatuan yang didaftarkan di bawah undang-undang yang berkenaan. PELAKSANAAN Tatacara Penerimaan Tawaran Keahlian Secara Kehormat Atau Penamaan Dalam Kelab Golf Atau Kelab Rekreasi Milik Swasta Oleh Pegawai Awam 5. Tatacara bagi penerimaan tawaran keahlian secara kehormat atau penamaan dalam kelab golf atau kelab rekreasi milik swasta adalah seperti yang berikut: (i) Pegawai awam yang ditawarkan keahlian secara kehormat atau penamaan dalam kelab golf atau kelab rekreasi milik swasta hendaklah terlebih dahulu memohon kelulusan secara bertulis daripada Ketua Jabatan dengan menggunakan borang seperti di Lampiran UP.7.2.14(A). (ii) Ketua Jabatan hendaklah, dalam menimbang dan meluluskan permohonan pegawai untuk menjadi ahli secara kehormat atau penamaan dalam kelab golf atau kelab rekreasi milik swasta, mengambil kira syarat-syarat yang berikut: (a) tidak dengan apa-apa cara bercanggah dengan tatakelakuan yang ditetapkan di bawah peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993]; (b) penerimaan tawaran keahlian tersebut tidak bercanggah dengan kepentingan Jabatan pegawai atau dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang pegawai awam serta tidak dengan apa-apa cara mempengaruhi pelaksanaan tugas rasminya; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy