Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 78 CERAIAN UP.7.4.2 TATACARA PENAHANAN KERJA DAN PENGGANTUNGAN KERJA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan tatacara penahanan kerja dan penggantungan kerja yang diperuntukkan di bawah Peraturan 43, 44 dan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993]. LATAR BELAKANG 2. Sesuatu keputusan bagi mengenakan perintah tahan kerja atau gantung kerja ke atas seseorang pegawai hanya boleh dibuat oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBTT) yang mempunyai bidang kuasa bagi mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan atau Lembaga Tatatertib Kumpulan Pelaksana (No. 1) mengikut kumpulan perkhidmatan pegawai yang terlibat. PELAKSANAAN A. Tatacara Penahanan Kerja Bagi Maksud Penyiasatan (Peraturan 43, P.U.(A) 395/1993) 3. Sekiranya seseorang pegawai disyaki telah melakukan suatu kesalahan jenayah atau diputuskan oleh Pengerusi Lembaga Tatatertib (LTT) telah melakukan suatu kesalahan tatatertib yang serius yang boleh dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat, Ketua Jabatan patut menghalang pegawai daripada hadir bertugas bagi memudahkan penyiasatan. Ketua Jabatan boleh memperakukan kepada PBTT supaya pegawai itu ditahan kerja. 4. Berdasarkan subperaturan 43(2), P.U.(A) 395/1993, PBTT hendaklah mengambil kira faktor berikut dalam memutuskan sama ada hendak menahan kerja pegawai atau tidak: (a) kesalahan yang disyaki itu adalah secara langsung berhubungan dengan tugas pegawai; dan (b) kehadiran pegawai di pejabat akan menggendalakan penyiasatan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy