99 8. Sekiranya pegawai ditimpa malang dan menyebabkan berlakunya keterhutangan kewangan yang serius, Kerajaan boleh memberi bantuan sewajarnya mengikut keadaan pegawai melalui program-program bantuan yang diperkenalkan dari semasa ke semasa seperti kaunseling kewangan. 9. Seseorang pegawai perlulah dengan serta merta melaporkan kepada Ketua Jabatannya sekiranya pegawai telah mengalami keterhutangan kewangan yang serius, atau suatu prosiding sivil telah dimulakan berkaitan keterhutangan pegawai itu. 10. Seseorang pegawai yang sengaja tidak mahu atau melewatkan pelaporan keterhutangan kewangan serius yang dihadapinya termasuk tidak mendedahkan sepenuhnya maklumat hutangnya itu atau memberikan keterangan palsu dan mengelirukan boleh dikenakan tindakan tatatertib. 11. Sekiranya keterhutangan kewangan pegawai itu serius tetapi dia belum dihukum bankrap, Ketua Jabatan hendaklah memantau dan menilai semula keupayaan pegawai untuk membayar hutangnya dari semasa ke semasa. 12. Bagi maksud Ceraian ini sebagaimana diperuntukkan subperaturan 13 (7), P.U.(A) 395/1993, keterhutangan kewangan yang serius ditafsirkan sebagai “keadaan keterhutangan seseorang pegawai yang, setelah diambil kira amaun hutang yang ditanggung olehnya, telah sebenarnya menyebabkan kesusahan kewangan yang serius kepadanya”. 13. Tanpa menjejaskan pengertian am ungkapan “keterhutangan kewangan yang serius” yang dinyatakan dalam subperaturan 7, P.U. (A) 395/1993, seseorang pegawai disifatkan sebagai berada dalam keterhutangan kewangan yang serius jika— (i) agregat hutang dan nilai tanggungan tidak bercagarnya, pada bila-bila masa tertentu, melebihi 10 kali emolumen bulanannya; (ii) pegawai adalah seorang penghutang penghakiman dan hutang itu tidak dapat dijelaskan dalam tempoh satu (1) bulan daripada penerimaan perintah bermeterai penghakiman itu; atau (iii) pegawai adalah seorang bankrap dan merupakan seorang pemakan gaji tak solven (di bawah pengurusan Pegawai Pemegang Harta), selagi tidak ada pembatalan penghukuman kebankrapannya atau dibebaskan daripada status orang bankrap.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy