Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 14 UP.7.2.2 3. Pada dasarnya, pegawai awam yang terlibat dengan perniagaan melalui media sosial atau dalam talian (online) adalah disifatkan telah melakukan pekerjaan luar. 4. Pegawai hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatannya, sekiranya berhasrat untuk menjalankan mana-mana aktiviti perniagaan atau melaksanakan mana-mana perkhidmatan yang dinyatakan dalam subperaturan 5(1) P.U.(A) 395/1993 itu, sama ada faedah daripada perkhidmatan berkenaan: (i) diterima oleh pegawai; atau (ii) diterima oleh saudara-mara pegawai yang dekat; atau (iii) diterima oleh mana-mana badan yang tidak mencari keuntungan (non-profit organisation) dan pegawai sedang memegang jawatan dalam badan berkenaan. 5. Seperti yang diperuntukkan di bawah subperaturan 5(3) P.U.(A) 395/1993, sekiranya permohonan secara bertulis telah dikemukakan oleh pegawai kepada Ketua Jabatan, Ketua Jabatan hendaklah menimbangkan permohonan berkenaan sama ada patut atau tidak untuk diberikan kebenaran. Pertimbangan hendaklah mengambil kira tatakelakuan yang digariskan di bawah Peraturan 4 P.U.(A) 395/1993 dan juga termasuk perkara-perkara di bawah: (a) pekerjaan luar berkenaan tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan semasa pegawai itu dikehendaki melaksanakan tugas rasminya; (b) pekerjaan luar berkenaan tidak akan dengan apa-apa cara cenderung menjejaskan kebergunaan pegawai itu sebagai seorang pegawai perkhidmatan awam; dan (c) pekerjaan luar berkenaan tidak akan dengan apa-apa cara cenderung bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam atau menjadi tidak selaras dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang pegawai perkhidmatan awam. TANGGUNGJAWAB PENYELIA DAN KETUA JABATAN 6. Sekiranya Penyelia atau Ketua Jabatan mendapati mana-mana pegawai di bawah seliaan masing-masing terlibat dalam aktiviti pekerjaan luar dan berlaku pelanggaran

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy