Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib

 140 CERAIAN UP.7.2.12 PEMAKAIAN AKTA BADAN-BADAN BERKANUN (ТАТАТERTIB DAN SURCAJ) 2000 [AKTA 605] TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memaklumkan badan-badan berkanun Persekutuan tentang pemakaian Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 [Akta 605]. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah menggubal satu Akta yang dikenali sebagai Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib Dan Surcaj) 2000 [Akta 605] bertujuan untuk menyeragamkan peraturan-peraturan tatatertib dan mengatasi isu yang dihadapi oleh badan-badan berkanun Persekutuan yang belum mempunyai peraturan tatatertibnya sendiri. PELAKSANAAN 3. Akta 605 telah diluluskan oleh Parlimen pada 31 Julai 2000 dan berkuat kuasa pada 1 November 2000. 4. Badan-badan berkanun Persekutuan hendaklah mengambil perhatian menurut seksyen 28 Akta 605 bahawa dengan berkuat kuasanya Akta ini, semua peruntukan yang berhubungan dengan tatatertib, penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam dan surcaj yang diperuntukkan dalam undang-undang pemerbadanan badan berkanun Persekutuan masing-masing dan apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya hendaklah terhenti terpakai bagi semua badan berkanun Persekutuan berkenaan. 5. Akta 605 adalah terpakai bagi semua badan berkanun Persekutuan yang menerima pakai Sistem Saraan Baru, kecuali badan-badan berkanun Persekutuan yang diasingkan sistem saraannya sebagaimana yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta 605. Sungguhpun demikian, badan-badan berkanun Persekutuan yang sistem saraannya diasingkan, hendaklah seberapa yang boleh memastikan peraturanperaturan tatatertib yang sedang diguna pakai diselaraskan dengan peraturan-peraturan tatatertib dalam Jadual Kedua Akta 605 dengan membuat pengubahsuaian aspek-

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy