Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib

 147 (c) bilangan keahlian secara kehormat atau penamaan yang telah dimiliki oleh pegawai. (iii) Walau apa pun perenggan 5(ii), (a) Ketua Jabatan boleh, pada bila-bila masa, menarik balik kelulusan yang diberikan sekiranya didapati keahlian pegawai tersebut bercanggah dengan mana-mana syarat di bawah perenggan 5(ii); atau (b) Pegawai hendaklah melepaskan keahliannya dengan serta-merta dan melaporkan kepada Ketua Jabatan sekiranya pegawai mendapati keahlian itu bercanggah dengan mana-mana syarat di bawah perenggan 5(ii). (iv) Contoh surat kelulusan Ketua Jabatan adalah seperti di Lampiran UP.7.2.14 (B). Penggunaan Kemudahan Secara Percuma Di Kelab Golf Atau Kelab Rekreasi Milik Swasta Oleh Persatuan Jabatan 6. Kerajaan tidak menghalang mana-mana persatuan Jabatan mengadakan aktiviti masing-masing di kelab golf atau kelab rekreasi milik swasta sekiranya aktiviti tersebut tidak menjejaskan imej dan integriti Jabatan dan pegawai itu sendiri. PENGECUALIAN 7. Bagi maksud Ceraian ini, pegawai awam tidak dilarang daripada menerima keahlian dalam kelab golf atau kelab rekreasi milik Kerajaan Persekutuan atau Negeri termasuk kelab milik badan berkanun Persekutuan atau Negeri serta milik anak syarikat badan berkanun berkenaan. 8. Pegawai awam yang telah menjadi ahli kelab golf atau kelab rekreasi milik swasta secara kehormat atau penamaan sebelum mula berkuat kuasanya Ceraian ini dan belum mendapat kelulusan Ketua Jabatan, hendaklah membuat permohonan secara bertulis untuk pertimbangan dan kelulusan Ketua Jabatan masing-masing mengikut ketetapan dalam Ceraian ini.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy