Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 15 CERAIAN UP.7.2.3 ETIKA BERPAKAIAN DAN PENAMPILAN PEGAWAI AWAM (SEDANG DITAMBAHBAIK) Pengguna MyPPSM boleh merujuk kepada punca kuasa berkaitan etika berpakaian dan penampilan pegawai awam seperti berikut: (i) Peraturan 6 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993]; (ii) Ceraian SR.1.2.1: Pakaian Semasa Menghadiri Upacara Rasmi Bagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik; dan (iii) Pekeliling Perkhidmatan/ Surat Pekeliling Perkhidmatan/ Surat Edaran di MyPPSPP: a. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985: Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Majlis-Majlis Rasmi Bagi Pegawai-Pegawai Awam; b. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1975: Pindaan Kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1974 Mengenai Pakaian Masa Bekerja dan Semasa Menghadiri Upacara-Upacara Resmi Bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan; c. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006: Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi; d. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2013: Pemakaian Two/Three-Piece Pant Suit Bagi Pegawai Awam Wanita Semasa Bekerja; e. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2021: Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan; dan f. Surat Edaran JPA(S)TT.193/37/Jld.4(77) bertarikh 15 Mac 2005: Galakan Memakai Baju Kebangsaan Pada Hari Jumaat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy