Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 74 UP.7.4.1 5. Pengerusi PBTT hendaklah menimbangkan dan menentukan di bawah Peraturan 35, P.U.(A) 395/1993 sama ada kesalahan tatatertib yang diadukan itu dari jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat atau dari jenis yang patut dikenakan hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat. 6. Bidang kuasa PBTT dalam urusan selanjutnya adalah tertakluk kepada keputusan penentuan jenis kesalahan seperti berikut: Jenis Kesalahan Pihak Berkuasa Tatatertib Bidang Kuasa Patut dikenakan hukuman yang lebih ringan dari buang kerja atau turun pangkat Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat Membuat penentuan wujud/ tidak wujud kesalahan tatatertib dan memulakan prosiding tatatertib Patut dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat Membuat penentuan wujud kes prima facie dan memulakan prosiding tatatertib 7. Sekiranya Pengerusi PBTT yang berkenaan berpandangan tidak wujud suatu kesalahan tatatertib/ kes prima facie, PBTT hendaklah mengemukakan kepada Ketua Jabatan keputusan yang telah dibuat di mana prosiding tatatertib tidak dilaksanakan ke atas pegawai. SURAT PERTUDUHAN TATATERTIB 8. Sekiranya Pengerusi PBTT yang berkenaan berpuas hati bahawa wujud suatu kesalahan tatatertib/ kes prima facie terhadap pegawai itu, PBTT yang berkenaan hendaklah menyediakan sesuatu pertuduhan tatatertib secara jelas dan mengandungi fakta serta butir-butir yang spesifik berhubung perbuatan salah laku pegawai dengan merujuk mana-mana peraturan yang dilanggar. Penghantaran surat pertuduhan dilaksanakan dengan apa-apa cara yang munasabah seperti serahan tangan atau ditinggalkan atau diposkan ke alamat kediaman terakhir yang diberitahu oleh pegawai kepada Ketua Jabatannya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy