Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 20 CERAIAN UP.7.2.5 PENGURUSAN PENERIMAAN ATAU PEMBERIAN HADIAH, KERAIAN DAN TAJAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memberi penjelasan dan panduan mengenai pengurusan penerimaan atau pemberian hadiah, keraian dan tajaan dalam perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG 2. Peraturan mengenai pengurusan penerimaan atau pemberian hadiah dan keraian dalam perkhidmatan awam diperuntukkan di bawah peraturan 8 dan 9 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993]. 3. Selaras dengan hasrat untuk memperkukuhkan tadbir urus dan mekanisme pemantauan pengurusan penerimaan atau pemberian hadiah dan keraian pegawai awam, penambahbaikan terhadap tatacara sedia ada melalui MyPPSM Ceraian UP.7.2.5 perlu dilaksanakan. Penambahbaikan ini antara lainnya adalah untuk memastikan tadbir urus pengurusan penerimaan atau pemberian hadiah dan keraian sentiasa relevan selain mewujudkan garis panduan bagi penerimaan tajaan. DEFINISI 4. Bagi maksud Ceraian ini: (a) “hadiah” atau “sumbangan” bermaksud apa-apa perkara berbentuk zahir atau selainnya termasuk: (i) harta alih seperti wang tunai, mata wang kripto, syer, saham, tiket loteri, debentur, bon atau sekuriti lain, peralatan dan kelengkapan, kenderaan, barang kemas, perabot, hamper, perhiasan, cenderamata atau harta intelek;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy