Tatakelakuan & Pengurusan Tatatertib

 79 "Ketua Jabatan" bermaksud seseorang yang mengetuai sesebuah organisasi sama ada di peringkat kementerian, jabatan termasuk jabatan di peringkat negeri, daerah atau bahagian dalam sesebuah organisasi; "pegawai" bermaksud pegawai perkhidmatan awam yang bertaraf tetap, sementara atau kontrak; "pemilikan harta" bermaksud harta yang dimiliki oleh pegawai atau isteri atau suaminya atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya; "perisytiharan harta" bermaksud perisytiharan harta kali pertama, harta tambahan, pelupusan harta dan termasuk pengakuan tiada perubahan ke atas pemilikan harta; "urus setia" bermaksud pegawai mana-mana bahagian, cawangan, seksyen atau unit yang bertanggungjawab menguruskan perisytiharan harta di sesebuah organisasi. PELAKSANAAN Kewajipan Mengisytiharkan Harta Perisytiharan Harta Kali Pertama 4. Semua pegawai dikehendaki membuat perisytiharan harta apabila dilantik ke dalam perkhidmatan awam sama ada terdapat pemilikan harta atau tidak. 5. Tiap-tiap pegawai yang baru dilantik ke dalam perkhidmatan awam hendaklah membuat perisytiharan harta setelah melaporkan diri dan dikemukakan kepada Ketua Jabatan tidak lewat daripada 30 hari selepas tarikh pegawai disandangkan ke jawatan sebenar dalam Sistem HRMIS atau apa-apa kaedah yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Perisytiharan Harta Tambahan 6. Pegawai yang memperoleh harta tambahan hendaklah mengisytiharkan harta tambahan tersebut kepada Ketua Jabatan seberapa segera dan tidak melebihi enam (6) bulan daripada tarikh perolehan dibuat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy