Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 40 UP.7.2.6 Tatacara Membuat Perisytiharan Harta (a) Perisytiharan Harta Kali Pertama 6. Tiap-tiap pegawai yang baru dilantik ke dalam perkhidmatan awam hendaklah membuat perisytiharan harta setelah melaporkan diri dan dikemukakan kepada Ketua Jabatan tidak lewat daripada 30 hari selepas tarikh melapor diri. Pegawai yang tidak memiliki apa-apa harta hendaklah membuat pengesahan melalui Perisytiharan Harta Kali Pertama ini. (b) Perisytiharan Harta Tambahan 7. Pegawai yang memperolehi harta tambahan (kecuali wang tunai atau simpanan yang perubahan jumlahnya kurang daripada enam (6) bulan emolumen) hendaklah mengisytiharkan harta tambahan tersebut kepada Ketua Jabatan. (c) Perisytiharan Pelupusan Harta 8. Pegawai yang melupuskan mana-mana harta yang telah diisytiharkan (kecuali wang tunai) hendaklah mengisytiharkannya kepada Ketua Jabatan. Sekiranya hasil pelupusan harta berkenaan dijadikan punca kewangan untuk memperoleh harta tambahan, maka pelupusan harta berkenaan boleh dibuat bersekali dengan perisytiharan harta tambahan itu. Tatacara Memproses Perisytiharan Harta (a) Tindakan Urus Setia 9. Urus setia, setelah menerima permohonan perisytiharan harta daripada pegawai melalui modul Perisytiharan Harta dalam Sistem HRMIS, hendaklah: (i) meneliti butiran harta serta keterangan/dokumen sokongan (jika perlu) yang dikemukakan oleh pegawai; (ii) sekiranya terdapat keraguan/keterangan yang memerlukan penjelasan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy