Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 21 UP.7.2.5 (ii) harta tak alih seperti tanah, tempat kediaman atau bangunan; atau (iii) keistimewaan (privilege) atau perkhidmatan seperti pakej percutian, keahlian kelab, hiburan, aktiviti sukan dan riadah, diskaun, rebat, komisen, lesen, penyelenggaraan rumah atau baik pulih kenderaan. (b) “Jabatan” termasuklah mana-mana Kementerian dan Jabatan-jabatan Persekutuan yang lain; (c) “Ketua Jabatan” bermaksud seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu Jabatan dan termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi Jabatan itu untuk bertindak bagi pihaknya; (d) “pegawai” bermaksud seorang anggota perkhidmatan awam Persekutuan yang dilantik oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak; (e) “ahli keluarga terdekat” bermaksud isteri atau suami, anak-anak, ibu atau bapa termasuk ibu mentua dan bapa mentua, datuk atau nenek, menantu, adik-beradik, pasangan adik-beradik termasuk adik-beradik isteri atau suami dan pasangan adik-beradik isteri atau suami kepada pegawai; dan (f) “persatuan” bermaksud sesuatu kelab, pertubuhan, yayasan, badan atau kesatuan yang didaftarkan di bawah undang-undang yang berkenaan. PELAKSANAAN A. HADIAH 5. Peraturan ini terbahagi kepada penerimaan atau pemberian hadiah oleh pegawai (individu), jabatan dan persatuan. (a) Pegawai (Individu)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy