Tatakelakuan & Pengurusan Tatatertib

 102 23. Walau bagaimanapun, seorang pegawai boleh meminjam wang atau menjadi penjamin daripada, mana-mana institusi kewangan, penanggung insurans atau koperasi, atau menanggung hutang dengan cara pemerolehan barang-barang melalui perjanjian sewa beli jika— (i) institusi berkenaan tidak tertakluk kepada kuasa rasminya secara langsung; (ii) peminjaman itu tidak akan menyebabkan skandal awam serta ditafsirkan sebagai penyalahgunaan kuasa pegawai berdasarkan kedudukannya untuk faedah peribadi; dan (iii) agregat hutangnya tidak akan menyebabkan pegawai itu berada dalam keterhutangan kewangan yang serius. 24. Seorang pegawai boleh berhutang dalam keadaan yang berikut: (i) pinjaman wang melalui cagaran tanah yang digadaikan atau digadaijanjikan dengan syarat jumlah wang yang dipinjam itu tidak melebihi nilai tanah itu; (ii) overdraf atau kemudahan kredit lain yang diluluskan oleh institusi kewangan; (iii) pinjaman wang melalui cagaran polisi insurans; (iv) pinjaman wang daripada Kerajaan atau mana-mana koperasi; atau (v) perolehan melalui perjanjian sewa beli. Meminjamkan wang 25. Seseorang pegawai dalam apa cara sekalipun tidak boleh meminjamkan wang dengan faedah kepada mana-mana orang, sama ada dengan menerima cagaran atau tidak sebagaimana diperuntukkan dalam Peraturan 15, P.U.(A) 395/1993. 26. Walau bagaimanapun, pegawai yang menyimpan wang secara deposit tetap atau dimasukkan ke dalam suatu akaun dalam mana-mana institusi kewangan atau koperasi atau dalam bon yang diterbitkan oleh Kerajaan atau oleh mana-mana badan berkanun tidak dianggap sebagai telah meminjamkan wang dengan faedah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy