Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 13 CERAIAN UP.7.2.2 PEKERJAAN LUAR TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan tanggungjawab pegawai awam untuk mematuhi peraturan berkaitan pekerjaan luar seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, [P.U.(A) 395/1993]. LATAR BELAKANG 2. Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam dapat dilaksanakan dengan cepat, cekap dan berkesan, semua pegawai awam hendaklah memberikan sepenuh komitmen dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya di pejabat. Penglibatan pegawai dalam aktiviti-aktiviti selain tugas dan tanggungjawab yang diberikan untuk menjana pendapatan sampingan adalah tidak dibenarkan dalam tempoh bekerja seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan 5, P.U.(A) 395/1993. Pegawai hendaklah mematuhi sepenuhnya peraturan yang telah digariskan seperti berikut: Subperaturan 5(1), P.U.(A) 395/1993 memperuntukkan bahawa - “5. (1) Melainkan jika dan setakat yang dia dikehendaki atau dibenarkan untuk berbuat demikian dalam perjalanan tugasnya sebagai seorang pegawai perkhidmatan awam, seseorang pegawai tidak boleh— (a) mengambil bahagian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam pengurusan atau urusan apa-apa pengusahaan komersial, pertanian atau perindustrian; (b) mengusahakan bagi mendapatkan upah apa-apa kerja dengan manamana institusi, syarikat, firma atau individu persendirian; (c) sebagai seorang pakar, memberikan apa-apa laporan atau memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara percuma atau dengan dibayar upah; atau (d) bertugas sebagai seorang wasi, pentadbir atau penerima.”

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy