Tatakelakuan Dan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 59 (b) harta tak alih seperti tanah, tempat kediaman atau bangunan; atau (c) keistimewaan (privilege) atau perkhidmatan seperti pakej percutian, keahlian kelab, hiburan, aktiviti sukan dan riadah, diskaun, rebat, komisen, lesen, penyelenggaraan rumah atau baik pulih kenderaan. (ii) “Jabatan” termasuklah mana-mana Kementerian dan Jabatan-jabatan Persekutuan yang lain; (iii) “Ketua Jabatan” bermaksud seseorang pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu Jabatan dan termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi Jabatan itu untuk bertindak bagi pihaknya; (iv) “pegawai” bermaksud seorang anggota perkhidmatan awam Persekutuan yang dilantik oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak; (v) “ahli keluarga terdekat” bermaksud isteri atau suami, anak-anak, ibu atau bapa termasuk ibu mentua dan bapa mentua, datuk atau nenek, menantu, adik-beradik, pasangan adik-beradik termasuk adik-beradik isteri atau suami dan pasangan adik-beradik isteri atau suami kepada pegawai; dan (vi) “persatuan” bermaksud sesuatu kelab, pertubuhan, yayasan, badan atau kesatuan yang didaftarkan di bawah undang-undang yang berkenaan. PELAKSANAAN 5. Prinsip pemberian dan penerimaan hadiah dan keraian di bawah P.U. (A) 395/1993 dan Ceraian ini adalah hadiah/ keraian tersebut tidak boleh diterima atau diminta untuk mendapat sesuatu balasan yang boleh menjadi dorongan atau ganjaran kepada pegawai atau pemberi hadiah/ keraian itu sekiranya, pada masa hadiah/ keraian itu diberikan atau pada masa yang akan datang mempunyai kaitan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan tugas rasmi pegawai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy