Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 68 UP.7.2.11 12. Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 hingga DG48 seperti yang dinyatakan di perenggan 5 hendaklah membuat permohonan dengan mengemukakan sesalinan borang Lampiran UP.7.2.11(F) kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Ketua Jabatan masing-masing. Ketua Jabatan adalah dikehendaki untuk memberi ulasan ke atas permohonan tersebut dengan mengambil kira perkara-perkara sebagaimana yang dinyatakan di Lampiran UP.7.2.11(G). 13. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 hingga DG48 yang diluluskan untuk bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik hendaklah mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan di Lampiran UP.7.2.11(G). Walau bagaimanapun, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia boleh menetapkan syarat-syarat tambahan yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa. 14. Keputusan sama ada permohonan diluluskan atau tidak hendaklah diberitahu kepada pegawai menggunakan format seperti di Lampiran UP.7.2.11(H) dan Lampiran UP.7.2.11(I). Keputusan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia adalah muktamad. Semua kelulusan permohonan penglibatan pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 hingga DG48 dalam aktiviti politik hendaklah disalinkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. PEMBATALAN 15. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan seperti di bawah adalah dibatalkan: (a) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1996: Permohonan Oleh Pegawai-Pegawai Awam Untuk Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Politik; dan (b) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2010: Permohonan Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Politik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 Hingga DG48 Yang Bertugas Di Institusi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy