Tatakelakuan & Pengurusan Tatatertib

 84 Pemilikan atau Pembelian Saham dan Sekuriti Lain; 23. Seseorang pegawai boleh memiliki atau membeli syer, saham, debentur, bon, sukuk atau sekuriti lain tertakluk kepada had pemilikan seperti berikut: (i) Saham Syarikat Persendirian (Syarikat Sdn. Bhd) Had pemilikan syer dalam tiap-tiap satu (1) syarikat adalah tidak melebihi 5% daripada modal berbayar atau tidak melebihi RM300,000, mana yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, nilai kumulatif pemilikan/ perolehan syer melebihi satu (1) syarikat adalah terhad kepada tidak melebihi RM300,000. Sekiranya pegawai ingin memperoleh syer melebihi had yang ditetapkan, pegawai hendaklah memohon kelulusan mengikut tatacara sebagaimana di perenggan 26. (ii) Saham Syarikat Awam (Syarikat Berhad) Had kumulatif pemilikan syer bagi Syarikat Awam adalah tidak melebihi RM300,000. Sekiranya pegawai ingin memperoleh syer melebihi had yang ditetapkan, pegawai hendaklah memohon kelulusan mengikut tatacara sebagaimana di perenggan 26; (iii) Saham/ Aset Digital Melalui Pihak Ketiga (Recognized Market Operator [RMO]) Pengendali Pasaran Diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Had pemilikan saham/ aset digital terhad kepada— (a) Platform Equity Crowdfunding (ECF) Had pemilikan syer maksimum RM10,000 bagi setiap syarikat dan tidak melebihi jumlah pelaburan sebanyak RM50,000 dalam tempoh 12 bulan atau tertakluk kepada ketetapan terkini oleh Suruhanjaya Sekuriti. Pengecualian di perenggan 25 adalah tidak terpakai bagi instrumen pelaburan ini; atau

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy