Tatakelakuan & Pengurusan Tatatertib

 100 14. Mengambil kira syarat had potongan gaji yang ditetapkan oleh Pekeliling Perbendaharaan Malaysia bagi ansuran bulanan beberapa jenis pinjaman seperti pinjaman kenderaan, pinjaman perumahan dan pinjaman komputer; maka pendapatan bersih pegawai awam hendaklah berada pada sekurang-kurangnya paras minimum 40% daripada emolumen bulanan pegawai. Ketetapan ini walau bagaimanapun dikecualikan bagi pengiraan had hutang dan pendapatan bersih pegawai bagi pinjaman pendidikan dan perumahan. 15. Pendaftar Mahkamah hendaklah mengemukakan laporan kepada Ketua Jabatan yang berkenaan tentang apa-apa prosiding dalam mahkamah masing-masing melibatkan pegawai awam— (i) yang merupakan seorang penghutang penghakiman dan tidak menjelaskan hutangnya dalam tempoh satu (1) bulan dari penerimaan perintah bermeterai penghakiman itu; (ii) yang telah memfailkan petisyen berkaitan kebankrapannya sendiri atau untuk mendapatkan perintah pentadbiran pemakan gaji; atau (iii) yang suatu petisyen pemiutang dalam kebankrapan telah diserahkan kepada pegawai tersebut. 16. Pegawai Pemegang Harta hendaklah menyiasat dengan secukupnya tentang halehwal seseorang pegawai awam yang menjadi seorang bankrap atau pemakan gaji yang tidak solven. Seterusnya, Pegawai Pemegang Harta hendaklah menyampaikan suatu laporan yang mengandungi perkara-perkara yang berikut kepada Ketua Jabatan yang berkenaan: (i) Pernyataan Hal-Ehwal yang difailkan oleh si bankrap atau pemakan gaji tidak solven itu mengikut undang-undang kebankrapan yang sedang berkuat kuasa; (ii) amaun bayaran ansuran yang diperintahkan atau yang dicadangkan dibuat; (iii) cadangan tindakan oleh Pegawai Pemegang Harta sama ada untuk memulakan apa-apa prosiding selanjutnya dengan mengemukakan suatu pernyataan ringkas mengenai jenis prosiding selanjutnya; (iv) sebab utama kebankrapan itu;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy