141 aspek tertentu yang selaras dengan sistem pengurusan, sistem saraannya dan keperluan semasa badan-badan berkanun Persekutuan yang berkenaan menurut peruntukan undang-undang pemerbadanannya masing-masing. 6. Badan-badan berkanun Persekutuan yang sistem saraannya diputuskan kerajaan akan diasingkan, pada atau selepas berkuat kuasanya Akta 605 dan Ceraian ini, boleh mengemukakan permohonan untuk disenaraikan ke Jadual Pertama Akta 605 bagi dikecualikan daripada pemakaian Akta 605. Permohonan ini hendaklah dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam yang seterusnya membuat perakuan kepada YAB Perdana Menteri untuk mendapat persetujuan sewajarnya. TARIKH KUAT KUASA 7. Ceraian ini hendaklah disifatkan berkuat kuasa mulai tarikh Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] berkuat kuasa pada 1 November 2000. PEMBATALAN 8. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2000 : Pemakaian Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] adalah dibatalkan. TEMPOH PERALIHAN 9. Jika apa-apa kesalahan tatatertib yang prosiding tatatertibnya belum dimulakan sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, tindakan tatatertib hendaklah diuruskan di bawah peruntukan undang-undang pemerbadanan Badan Berkanun itu. Walau bagaimanapun, pegawai berkenaan hendaklah diberitahu bahawa dia boleh memilih untuk kesalahan tatatertib itu diuruskan di bawah Akta 605 ini. 10. Apa-apa prosiding yang masih belum selesai pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah diteruskan dan dikendalikan mengikut peraturanperaturan tatatertib yang sedia terpakai bagi prosiding itu di bawah undang-undang pemerbadanan Badan Berkanun Persekutuan yang berkenaan masing-masing.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy