Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 27 8. Ketua Jabatan semasa menimbangkan permohonan pegawainya untuk menerima hadiah yang dibenarkan hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut: UP.7.2.5 (a) hadiah yang diterima itu tidak bertentangan dengan P.U. (A) 395/1993 dan Ceraian ini; (b) penerimaan hadiah tersebut tidak menimbulkan syak bahawa pegawai telah menggunakan kuasa yang ada padanya untuk memperoleh hadiah itu; (c) mengambil kira kekerapan pegawai tersebut menerima hadiah; (d) hubungan antara pegawai dengan pemberi hadiah tersebut tidak mempengaruhi tugas dan kuasa yang ada pada pegawai itu; dan (e) kepentingan dan nama baik Jabatan secara keseluruhan. 9. Ketua Jabatan dalam menimbangkan kelulusan penerimaan hadiah oleh pegawai bawahannya, boleh membuat ketetapan seperti berikut: (a) membenarkan pegawai menerima hadiah itu; (b) mengarahkan pegawai mengembalikan hadiah itu kepada pemberi; (c) hadiah tersebut digunakan oleh Jabatan; atau (d) lain-lain keputusan yang wajar dan munasabah, sebagai contoh, hadiah itu didermakan kepada badan kebajikan. 10. Ketua Jabatan boleh meminta pegawai memberi penjelasan, sekiranya beliau meragui apa-apa penerimaan hadiah oleh pegawai. 11. Ketua Jabatan juga hendaklah melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib atau mana-mana pihak berkuasa lain, sekiranya terdapat sebarang pelanggaran terhadap peraturan atau undang-undang berkaitan penerimaan hadiah oleh pegawai. (b) Jabatan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy