Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 10 UP.7.2.1 (f) menjaga imej perkhidmatan awam; (g) tidak menggunakan kedudukan awam bagi faedah sendiri; (h) tidak menggunakan pengaruh atau tekanan luar; (i) tidak ingkar perintah; dan (j) tidak cuai melaksanakan tugas. 5. Pegawai awam hendaklah menjalankan tugas yang diamanahkan berdasarkan kuasa rasmi yang diperuntukkan kepadanya dan menguruskan maklumat Kerajaan dengan penuh berhemah dan bijaksana. Pegawai awam adalah tertakluk kepada akta dan peraturan yang sedang berkuatkuasa seperti Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] dan Arahan Keselamatan Kerajaan. 6. Mana-mana pegawai yang didapati membocorkan maklumat atau dokumen terperingkat Kerajaan adalah disifatkan telah melanggar subperaturan 4, P.U.(A) 395/1993. Pelanggaran peraturan berkenaan boleh menyebabkan pegawai awam dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman sehingga buang kerja. TANGGUNGJAWAB PENYELIA DAN KETUA JABATAN 7. Penyelia dan Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan setiap pegawai di bawah seliaan masing-masing untuk memahami, menghayati dan mematuhi peringatan dan penjelasan yang ditetapkan dalam Ceraian ini ke arah meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam. 8. Penyelia dan Ketua Jabatan juga adalah bertanggungjawab untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai dan melaporkan sebarang pelanggaran tatakelakuan, aku janji atau peraturan yang berkuat kuasa kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk diambil tindakan tatatertib. 9. Penyelia dan Ketua Jabatan yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan boleh dikenakan tindakan tatatertib, di bawah Peraturan 3C, P.U.(A) 395/1993. PEMBATALAN 10. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran seperti di bawah adalah dibatalkan:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy