Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 86 Maklumat Tambahan bagi melancarkan proses tatatertib terhadap pegawai; dan (d) memberikan kerjasama dalam proses siasatan di peringkat Jabatan, sekiranya perlu. UP.7.4.3 C. Pertanyaan 11. Sebarang pertanyaan mengenai Ceraian ini boleh dikemukakan kepada Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam. PEMBATALAN 12. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran seperti di bawah adalah dibatalkan. (i) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1997: Garis Panduan Mengenai Cara Menguruskan Kes-Kes Tatatertib Yang Dirujuk Oleh Badan Pencegah Rasuah; (ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 1975: Lapuran Penyiasatan Biro Siasatan Negara; (iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 1967: Laporan Penyiasatan Pengarah Badan Pencegah Rasuah; dan (iv) Surat Edaran JPA(S)223/8/2-3 Jld.4 (36) bertarikh 23 Oktober 2012: Tindakan Tatatertib Terhadap Penjawat Awam Hasil Laporan Yang Dikemukakan Oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). PEMAKAIAN 13. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini secara keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy