78 (iii) anak, tidak kira apa jua umurnya, yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri; "emolumen" bermaksud segala saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada seseorang pegawai dan termasuklah gaji pokok, imbuhan tetap, bayaran insentif dan elaun bulanan lain; "harta" bermaksud harta yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menerusi Penetapan Harta Di Bawah Subperaturan 10(8) P.U. (A) 395/1993 yang dibuat pada 1 Mac 2010 dan disiarkan dalam Warta dalam P.U. (B) 104/2010 seperti yang berikut: (i) berkenaan dengan harta tak alih: (a) tanah, termasuk tanah yang diduduki di bawah lesen pendudukan sementara; (b) segala jenis tempat kediaman seperti rumah, rumah pangsa, pangsapuri atau kondominium; (c) bangunan, termasuk rumah kedai atau ruang kedai, ruang pejabat atau warung; dan (ii) berkenaan dengan harta alih: (a) apa-apa bentuk wang tunai di mana jua dideposit atau disimpan; (b) syer, saham, debentur, bon, atau sekuriti lain; (c) apa-apa bentuk lesen atau permit perdagangan, perniagaan atau komersial; (d) apa-apa harta alih yang lain, termasuklah segala jenis barang kemas, keahlian kelab, perabot rumah dan alat sukan yang harga belian tiap-tiap satunya melebihi enam (6) bulan emolumen atau RM10,000.00 mengikut mana yang lebih rendah; dan (e) kenderaan bermotor.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy