Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 25 mendapatkan kelulusan awal dan sekembalinya ke pejabat, melengkapkan borang di Lampiran UP.7.2.5 (A). UP.7.2.5 (ii) Tidak Melibatkan Tugas Rasmi (1) Bagi maksud Ceraian ini, “tidak melibatkan tugas rasmi” bererti apabila berlaku penerimaan/ pemberian hadiah dalam keadaan yang tidak melibatkan tugas rasmi seperti di majlis perkahwinan, hari jadi, keagamaan, pertunangan atau apa-apa jua keadaan. (2) Penerimaan/ pemberian hadiah hendaklah diuruskan berdasarkan keadaan dan syarat tertentu bagi memelihara keutuhan perkhidmatan awam agar pegawai tidak sewenang-wenangnya menerima/ memberi hadiah daripada/ kepada mana-mana pihak kerana penerimaan/ pemberian hadiah berkenaan mungkin menjurus kepada memperoleh balasan/ imbuhan di masa akan datang. (3) Antara contoh penerimaan atau pemberian hadiah oleh pegawai jika tidak melibatkan tugas rasmi pegawai adalah seperti berikut: TAFSIRAN CONTOH Penerimaan Hadiah oleh Pegawai Penerimaan hadiah di luar tugas rasmi Contoh 1: Syarikat menghadiahkan wang tunai berjumlah RM500 semasa majlis perkahwinan pegawai. Contoh 2: Penganjuran sukan bowling oleh syarikat yang disertai oleh pegawai secara percuma. Contoh 3: Syarikat menghantar hamper ke rumah pegawai sempena sambutan perayaan. Pemberian Hadiah oleh Pegawai Pemberian hadiah Contoh:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy