Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 73 CERAIAN UP.7.4.1 TATACARA TATATERTIB TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan tatacara tatatertib yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993]. LATAR BELAKANG 2. Setiap pegawai khususnya Penyelia dan Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk menjalankan kawalan serta pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya berdasarkan Peraturan 3C P.U.(A) 395/1993. Pegawai juga perlu mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera bagi apa-apa kesalahan atau pelanggaran tatatertib yang dilakukan. 3. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab mengemukakan laporan mengenai sesuatu pelanggaran tatatertib tersebut kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBTT) yang berkenaan. Secara umumnya laporan tersebut hendaklah mengandungi perkaraperkara berikut: (a) butir-butir dan keterangan mengenai pegawai dan jawatannya; (b) kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini; (c) perincian mengenai perbuatan salah laku serta fakta, tarikh, masa atau tempoh masa kesalahan dilakukan; (d) keterangan mengenai kesalahan yang dilakukan serta apa-apa peruntukan peraturan termasuk perintah atau arahan yang dilanggar; (e) bukti/dokumen sokongan, laporan siasatan, keterangan saksi dan sebagainya; dan (f) apa-apa tindakan yang telah diambil secara pentadbiran ke atas pegawai itu. PENENTUAN JENIS KESALAHAN 4. Pihak Berkuasa Tatatertib yang menerima syor daripada Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kertas penentuan kes kepada Pengerusi PBTT yang mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy