Tatakelakuan & Pengurusan Tatatertib

 107 5. Peranan pegawai yang dilantik mewakili Kerajaan dalam perbadanan awam, syarikat kerajaan dan syarikat kepentingan kerajaan adalah seperti berikut: (i) bertanggungjawab memastikan dasar-dasar Kerajaan dan objektif korporat dilaksanakan oleh badan atau syarikat tersebut; dan (ii) melaporkan aktiviti badan atau syarikat tersebut kepada Kementerian yang mengawasi badan atau syarikat itu setiap kali selepas mesyuarat lembaga pengarah. Pegawai juga perlu melaporkan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sekali berhubung perjalanan badan atau syarikat tersebut. 6. Pegawai awam yang dilantik mengikut perenggan 4 dalam Ceraian ini boleh menerima bayaran elaun yang ditetapkan. Pelantikan Pegawai Awam Dalam Syarikat Persendirian Dan Syarikat Di Mana Koperasi/Tabung/Kesatuan Sekerja Pegawai Awam Mempunyai Kepentingan Pelaburan 7. Pegawai awam tidak dibenarkan dilantik sebagai ahli lembaga pengarah dalam mana-mana syarikat atas kapasiti persendirian. Ketetapan ini juga terpakai bagi syarikat yang ditubuhkan oleh koperasi/tabung/kesatuan sekerja pegawai awam sama ada secara persendirian ataupun usahasama (joint-venture) yang mana dia merupakan ahli. 8. Kerajaan telah menetapkan garis panduan bagi koperasi/tabung/kesatuan sekerja yang melibatkan pegawai awam seperti berikut: (i) hendaklah menanam modal dalam syarikat yang besar dan kukuh sahaja; (ii) memberi penumpuan kepada pengawasan dan pelaksanaan dasar-dasar mengikut objektif perlembagaan masing-masing; (iii) melantik “nominee” yang bukan pegawai awam dalam syarikat yang ditubuhkan secara persendirian atau usahasama; (iv) ahli lembaga pengarah koperasi/tabung/kesatuan sekerja pegawai awam boleh menerima elaun dengan kadar yang ditetapkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy