Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 84 UP.7.4.3 6. Sekiranya pegawai bertukar ke Jabatan lain sebelum penentuan Pengerusi PBTT, Ketua Jabatan yang baharu hendaklah mengendalikan proses tatatertib terhadap pegawai. Ketua Jabatan yang asal hendaklah— (a) mengemukakan semua maklumat berhubung dengan kes pegawai kepada Ketua Jabatan yang baharu bagi melancarkan proses tatatertib terhadap pegawai; dan (b) memaklumkan kepada PBI dengan seberapa segera mengenai pertukaran pegawai melalui Lampiran UP.7.4.3(B1) dan disalinkan kepada Ketua Jabatan yang baharu. 7. Sekiranya penentuan Pengerusi PBTT telah dibuat, pegawai tidak boleh ditukarkan/ dipinjamkan/ ditempatkan secara penempatan khas. Sekiranya arahan tersebut telah dikeluarkan, maka arahan tersebut adalah terbatal. 8. Antara contoh situasi melibatkan pertukaran pegawai ke agensi lain dan/ atau pertukaran PBTT adalah seperti yang berikut: Situasi Contoh Status Urus Setia PBTT Tindakan Pegawai bertukar agensi dan PBTT Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 bertukar dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) Urus setia Lembaga Tatatertib Sokongan No. 2 asal - Unit Integriti KPM Urus setia Lembaga Tatatertib Sokongan No. 2 baharu - Unit Integriti KDN Unit Integriti KPM akan memaklumkan kepada PBI mengenai status pertukaran pegawai ke KDN melalui Lampiran UP.7.4.3(B1). Pihak seterusnya yang akan berhubung dengan PBI adalah Unit Integriti KDN. Pegawai bertukar agensi sahaja Pegawai Gred M48 bertukar dari Kementerian Sumber Manusia (KSM) ke Kementerian Kewangan (MOF) Tiada pertukaran PBTT (Lembaga Tatatertib Pengurusan No. 1 di JPA) Unit Integriti KSM akan memaklumkan kepada PBI mengenai status pertukaran pegawai ke MOF melalui Lampiran UP.7.4.3(B1). Pihak seterusnya yang akan berhubung dengan PBI

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy