Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 39 dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri; UP.7.2.6 "pemilikan harta" bermaksud harta yang dimiliki oleh pegawai atau isteri atau suaminya atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya; "perisytiharan harta" bermaksud perisytiharan harta kali pertama, harta tambahan, pelupusan harta dan termasuk pengakuan tiada perubahan ke atas pemilikan harta; dan "urus setia" bermaksud mana-mana bahagian, cawangan, seksyen atau unit yang bertanggungjawab menguruskan perisytiharan harta di sesebuah organisasi. PELAKSANAAN Kewajipan Mengisytiharkan Harta (1) Keperluan Membuat Perisytiharan Harta 4. Semua pegawai dikehendaki mengisytiharkan harta apabila: (i) dilantik ke dalam perkhidmatan awam; (ii) dikehendaki olehKerajaan; (iii) memperolehi harta tambahan; dan (iv) melupuskan harta. (b) Tempoh Perisytiharan Harta 5. Semua pegawai dikehendaki membuat perisytiharan harta sekurang kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun. Bagi maksud peraturan ini, 'tempoh perisytiharan' harta dikira berdasarkan tarikh terakhir perisytiharan harta dibuat. Sekiranya dalam tempoh perisytiharan harta yang ditetapkan itu seseorang pegawai tidak memperolehi/membuat pemerolehan apa-apa harta tambahan atau tidak melupuskan apa-apa harta, maka pegawai berkenaan perlu membuat pengakuan mengenainya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy