Tatakelakuan dan Pengurusan Tatatertib

 158 (i) sebelum Syarikat Pegangan ditubuhkan, pegawai yang berkenaan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tatatertib terlebih dahulu; (ii) Syarikat Pegangan berkenaan hendaklah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] atau mana-mana undang-undang yang terpakai di Malaysia yang berkuat kuasa; (iii) pegawai yang berkenaan tidak dibenarkan melibatkan diri secara langsung dalam pengurusan harian Syarikat Pegangan dengan menjadi salah seorang eksekutif di dalam Syarikat Pegangan itu; (iv) sekiranya pegawai yang berkenaan menjadi Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Pegangan itu, penglibatannya tidak boleh dilakukan dalam waktu bekerja; (v) penglibatan pegawai yang berkenaan dalam Syarikat Pegangan itu tidak akan menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya pada bila-bila masa sekalipun; (vi) pegawai yang berkenaan hendaklah memperbaharui kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan sekali dalam tiap-tiap tiga (3) tahun; (vii) pegawai yang berkenaan hendaklah dengan segera mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib suatu dokumen Memorandum dan Artikel Persatuan atau Perlembagaan Syarikat Pegangan (yang mana terpakai) (Memorandum and Articles of Association or Constitution) atau apa-apa dokumen berkaitan yang sah yang menunjukkan hak, kuasa, kewajipan dan obligasi Syarikat Pegangan itu, setiap pengarah dan setiap anggota syarikat setelah Syarikat Pegangan itu ditubuhkan; (viii) pegawai awam yang mewarisi harta dalam Syarikat Pegangan itu boleh dibenarkan mengekalkan harta miliknya dalam Syarikat Pegangan tersebut, tertakluk kepada syarat-syarat yang sama di perenggan (i) hingga (vii). Walau bagaimanapun, jika Syarikat Pegangan itu menjalankan kegiatan perniagaan selain mentadbir harta yang dimiliki oleh pegawai, maka pegawai yang berkenaan hendaklah meletakkan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Pegangan itu. Pegawai yang berkenaan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy