Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 37 CERAIAN UP.7.2.6 PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA OLEH PEGAWAI AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk memberi penjelasan dan panduan mengenai pemilikan dan perisytiharan harta oleh pegawai awam di bawah Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993]. LATAR BELAKANG 2. Peraturan 10, P.U.(A) 395/1993 menghendaki semua pegawai mengisytiharkan secara bertulis kepada Ketua Jabatan masing-masing segala harta yang dimiliki olehnya atau isteri atau suami atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya. TAFSIRAN 3. Dalam Ceraian ini - "harta" bermaksud harta yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menerusi Warta Kerajaan Malaysia P.U.(B)104 bertarikh 1 Mac 2010 seperti berikut: (a) berkenaan dengan harta tak alih: (1) tanah, termasuk tanah yang diduduki di bawah lesen pendudukan sementara; (2) segala jenis tempat kediaman seperti rumah, rumah pangsa, pangsapuri atau kondominium; (3) bangunan, terrnasuk rumah kedai atau ruang kedai, ruang pejabat atau warung; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy