Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 76 UP.7.4.1 REPRESENTASI PEMBELAAN DIRI 9. Sekiranya seseorang pegawai telah menerima surat pertuduhan daripada Pihak Berkuasa Tatatertib, pegawai hendaklah diberi peluang yang secukupnya untuk mengemukakan representasi/jawapan pembelaan dirinya dalam tempoh 21 hari dari tarikh surat pertuduhan diserahkan kepada pegawai berkenaan. Sekiranya perlu, ulasan Ketua Jabatan terhadap representasi pembelaan diri pegawai boleh diminta, tetapi hendaklah dengan tidak menafikan hak pegawai untuk menjawab sebarang pengataan terhadapnya yang mungkin berbangkit daripada ulasan tersebut. MESYUARAT LEMBAGA TATATERTIB 10. LTT hendaklah mengadakan mesyuarat seberapa segera bagi menimbangkan pertuduhan serta representasi pegawai itu. Jika seseorang pegawai itu tidak mengemukakan representasinya, dia boleh dianggap tidak hendak membela diri dan kes tatatertibnya akan diputuskan oleh LTT berdasarkan keterangan yang sedia ada sahaja. LTT setelah menimbangkan kes tersebut boleh membuat keputusan dapatan salah atau pembebasan daripada pertuduhan yang telah dihadapkan dan/atau hukuman yang difikirkan sesuai berdasarkan pertimbangan serta budi bicaranya. KEPUTUSAN DAN RAYUAN TATATERTIB 11. Keputusan PBTT hendaklah diberitahu kepada pegawai secara bertulis dan terus dilaksanakan sewajarnya meskipun ada rayuan dibuat terhadap keputusan itu. Surat keputusan tersebut hendaklah mengandungi fakta yang tepat berhubung keputusan yang dibuat oleh PBTT seperti dapatan salah atau pembebasan daripada pertuduhan yang telah dihadapkan dan/atau hukuman ke atas pegawai. Surat keputusan juga hendaklah menyatakan peluang bagi membuat rayuan ke atas keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib (LRTT) dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat keputusan diserahkan kepada pegawai. 12. Berdasarkan Peraturan 14, P.U.(A) 396/1993 dan Peraturan 13, PeraturanPeraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pelajaran [P.U.(A) 458/1994], manamana pegawai yang tidak berpuas hati atau terkilan dengan keputusan LTT boleh merayu terhadap keputusan tersebut kepada LRTT. Subperaturan 15(1), P.U.(A) 396/1993 dan Subperaturan 14(1), P.U.(A) 458/1994 pula memperuntukkan bahawa rayuan hendaklah dibuat secara bertulis oleh pegawai melalui Ketua Jabatan dalam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy