Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 82 UP.7.4.3 (c) “Jabatan” termasuklah mana-mana Kementerian, Jabatan, agensi Kerajaan Persekutuan, di dalam atau di luar negara, atau mana-mana entiti lain dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; (d) “Laporan Pihak Berkuasa Integriti (LPBI)” ertinya dokumen bertulis yang boleh dikaitkan dengan kesalahan tatakelakuan berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] yang dikemukakan oleh PBI kepada Ketua Jabatan; dan (e) “pegawai” ertinya seorang anggota perkhidmatan awam Persekutuan yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Melantik secara tetap, sementara atau kontrak. PELAKSANAAN 4. Tatacara pengurusan penerimaan LPBI adalah seperti yang dijelaskan di Bahagian A dan B Ceraian ini. Carta alir ringkasan tatacara berkaitan adalah seperti di Lampiran UP.7.4.3(A). A. Tanggungjawab Ketua Jabatan 5. Apabila menerima LPBI, Ketua Jabatan yang berkenaan hendaklah— (a) menganalisis dan mengesahkan penerimaan LPBI melalui Lampiran UP.7.4.3(B1) - Maklum Balas Ketua Jabatan Terhadap Laporan Pihak Berkuasa Integriti dan borang tersebut dikembalikan kepada PBI dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja bermula dari tarikh LPBI diterima; (b) memohon PBI untuk mengemukakan maklumat tambahan melalui Lampiran UP.7.4.3(B1), sekiranya perlu; (c) menghubungi mana-mana pihak yang berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang sesuatu perkara atau mendapatkan bukti-bukti tambahan, sekiranya perlu; (d) memaklumkan kepada PBI melalui Lampiran UP.7.4.3(B1) dengan mengemukakan sebab-sebab kes tersebut tidak dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBTT) untuk prosiding tatatertib sekiranya Ketua Jabatan mendapati tindakan tatatertib tidak dapat diambil disebabkan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy