Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 97 UP.7.5.1 (c) apa-apa bahagian emolumen yang tidak dibayar dalam tempoh penahanan kerja sebelumnya tidak boleh dibayar sehingga prosiding jenayah selesai; dan (d) pegawai perlu memohon Cuti Rehat/Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji untuk ke mahkamah bagi menghadiri perbicaraan kesnya sekiranya kelayakan Cuti Rehat/Cuti Rehat Khas pegawai telah habis. 18. Pemanggilan balik pegawai untuk bertugas semula juga boleh dihentikan setelah pegawai didapati bersalah atau disabitkan oleh mahkamah. Ini adalah bagi membolehkan tatacara penggantungan kerja di bawah Peraturan 45, P.U.(A) 395/1993 dijalankan dengan teratur sebagaimana dijelaskan melalui Ceraian UP.7.4.2: Tatacara Penahanan Kerja Dan Penggantungan Kerja. PEMBATALAN 19. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan di bawah adalah dibatalkan: (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 26 Tahun 2008: Garis Panduan Bagi Mengambil Tindakan Tatatertib Terhadap Pegawai Awam Yang Sedang Dibicarakan Atas Pertuduhan Jenayah Di Mahkamah Tanpa Menunggu Prosiding Jenayah Ke Atasnya Selesai; dan (ii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2009: Panduan Memanggil Balik Untuk Bertugas Semula Bagi Pegawai Yang Ditahan Kerja Akibat Prosiding Jenayah. PEMAKAIAN 20. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy