Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 85 Situasi Contoh Status Urus Setia PBTT Tindakan adalah Unit Integriti MOF. UP.7.4.3 Situasi Contoh Status Urus Setia PBTT Tindakan Pegawai bertukar PBTT sahaja Pegawai dinaikkan pangkat daripada Gred M44 ke Gred M48 di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Urus setia Lembaga Tatatertib Pengurusan No. 2 (asal) - Unit Integriti JPM Urus setia Lembaga Tatatertib Pengurusan No. 1 (baharu) - JPA Pihak yang akan berhubung dengan PBI adalah Unit Integriti JPM. Bagi kes berkaitan pegawai Gred 48 dan ke atas, urus setia di JPA perlu memaklumkan kepada Ketua Jabatan pegawai di JPM berhubung dengan status tindakan tatatertib sehingga kes diputuskan. 9. Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk memastikan Ceraian ini dipatuhi selaras dengan Peraturan 3C P.U. (A) 395/1993 bagi maksud menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan sekiranya gagal, Ketua Jabatan boleh dikenakan tindakan tatatertib. B. Tanggungjawab PBI 10. PBI hendaklah— (a) mengemukakan LPBI kepada Ketua Jabatan pegawai berkenaan berserta maklumat pegawai PBI yang boleh dihubungi bagi memudahkan Ketua Jabatan tersebut untuk mendapatkan maklumat tambahan; (b) memastikan LPBI yang dikemukakan mengandungi maklumat yang boleh dikaitkan dengan kesalahan tatakelakuan bagi membantu mempercepatkan tindakan yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan; (c) mengemukakan maklumat tambahan kepada Ketua Jabatan, sekiranya dimohon, dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja melalui Lampiran UP.7.4.3(B2) - Maklum Balas PBI Berkenaan Permohonan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy