72 28. Apa-apa sumbangan yang diperoleh bagi melaksanakan aktiviti persatuan yang dianggotai oleh pegawai awam hendaklah bebas daripada unsur-unsur paksaan supaya tidak mencemarkan nama baik perkhidmatan awam. 29. Pegawai awam yang menjadi ahli dalam mana-mana persatuan apabila mengesyaki berlakunya pelanggaran sebagaimana di perenggan 27 ceraian ini dan mana-mana peraturan yang berkaitan di bawah P.U. (A) 395/1993 hendaklah melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa yang berkaitan. 30. Pegawai awam hendaklah memastikan penglibatan mereka dalam mana-mana kelab atau persatuan dilaksanakan secara wajar tanpa menjejaskan pelaksanaan tugas hakiki, membelakangkan tanggungjawab rasmi atau menimbulkan sebarang konflik kepentingan. 31. Mana-mana pegawai yang didapati menyalahgunakan kedudukan bagi tujuan suapan boleh didakwa di bawah Seksyen 23 Akta 694 atau mana-mana undangundang lain yang berkuat kuasa. B. PERMOHONAN DAN PENERIMAAN HADIAH ATAU SUMBANGAN MELIBATKAN MANA-MANA ENTITI DI BAWAH UNDANG-UNDANG BERTULIS YANG LAIN 32. Permohonan dan penerimaan hadiah atau sumbangan yang dibenarkan oleh mana-mana pemegang amanah yang diwujudkan di bawah tabung amanah, pertubuhan perbadanan atau mana-mana entiti di bawah undang-undang bertulis yang lain yang berasingan daripada perkhidmatan awam, adalah berdasarkan ketetapan di bawah undang-undang bertulis yang lain itu, dan hendaklah dikecualikan daripada tatacara permohonan atau penerimaan hadiah atau sumbangan di bawah Ceraian ini. C. KERAIAN 33. Peraturan 9, P.U. (A) 395/1993 memperuntukkan seperti yang berikut: “Seseorang pegawai boleh memberi atau menerima daripada mana-mana orang apa-apa jenis keraian jika— (a) keraian itu tidak dalam apa-apa cara mempengaruhi pelaksanaan tugas-tugasnya sebagai seorang pegawai awam untuk kepentingan orang itu; dan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy