90 Pemilikan Harta Yang Dilarang 39. Pegawai tidak dibenarkan untuk tujuan persendirian (i) memiliki lesen: (a) kenderaan barangan; (b) perkhidmatan kenderaan awam; (c) perniagaan hiburan; atau (ii) memohon dan memiliki tanah Kerajaan untuk tujuan pembalakan dan perlombongan. 40. Larangan di perenggan 39(i)(a) dan (b) di atas walau bagaimanapun adalah dikecualikan bagi pegawai yang telah diluluskan untuk melakukan pekerjaan luar yang mengkehendakinya memiliki lesen berkenaan. 41. Larangan di perenggan 39 ditetapkan kepada pegawai itu sendiri dan tidak termasuk ahli keluarga mereka. Pegawai yang telah sedia memiliki jenis harta yang dinyatakan di perenggan 39(i) dan (ii) secara pusaka hendaklah melaporkan perkara itu kepada Ketua Jabatan. Kegagalan Mengisytiharkan Pemilikan Harta 42. Pegawai yang gagal membuat perisytiharan harta atau gagal mematuhi manamana peruntukan dalam Ceraian ini, boleh diambil tindakan tatatertib di bawah P.U. (A) 395/1993. Pemantauan Terhadap Perisytiharan Harta Pegawai 43. Unit Integriti atau unit lain yang menguruskan integriti Kementerian/ Jabatan/ Agensi dikehendaki membuat pemantauan secara berterusan dan melaporkan kepada pihak pengurusan Kementerian/ Jabatan/ Agensi kedudukan perisytiharan harta pegawai di bawah tanggungjawab masing-masing enam (6) bulan sekali pada setiap tahun.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy