Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 29 ketetapan berikut: (a) Jabatan adalah dilarang menjalankan usaha bagi mendapatkan hadiah daripada mana-mana pihak; UP.7.2.5 (b) hadiah diberikan oleh penderma secara sukarela dan percuma, tanpa sebarang syarat atau ikatan; (c) penderma tidak mempunyai apa-apa kepentingan dengan Kerajaan dan tidak mengharapkan sebarang balasan; (d) hadiah yang diterima memberi manfaat atau faedah kepada Jabatan; (e) hadiah hendaklah terlebih dahulu dinilai dan disahkan mempunyai tahap boleh guna yang tinggi dan value for money; (f) alat ganti, perisian atau lesen perisian bagi hadiah yang diterima hendaklah mudah diperoleh serta kos perolehannya tidak membebankan Kerajaan; (g) Kerajaan tidak terikat dengan syarikat yang memberi hadiah untuk melaksanakan perolehan yang berkaitan dengan hadiah tersebut seperti alat ganti, perisian, lesen perisian atau penyelenggaraan bagi hadiah yang diterima; (h) peruntukan Jabatan adalah mencukupi bagi membiayai penyelenggaraan hadiah; (i) pengendalian sesuatu hadiah itu hendaklah menggunakan pegawai terlatih yang telah sedia ada dan tidak akan menyebabkan pewujudan jawatan baharu; (j) hadiah yang diluluskan penerimaannya hendaklah disenaraikan dalam inventori Jabatan; dan (k) hadiah yang berupa wang tunai hendaklah direkodkan serta diuruskan menggunakan akaun amanah.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy