Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 36 UP.7.2.5 E. KEWAJIPAN MELAPORKAN PENERIMAAN HADIAH BERUNSUR SUAPAN 40. Pegawai adalah bertanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak berkuasa berkenaan sekiranya diberi atau dijanjikan atau ditawarkan hadiah yang mempunyai unsur suapan, tertakluk kepada mana-mana akta atau peraturan yang sedang berkuat kuasa. F. PEMANTAUAN 41. Ketua Jabatan hendaklah melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa terhadap Jabatan di bawah seliaannya dan bertanggungjawab dalam melaporkan sebarang pelanggaran/ aduan penyalahgunaan kuasa berkaitan tatacara di bawah Ceraian ini. G. LANGKAH PENCEGAHAN 42. Semua fasiliti Kerajaan hendaklah mempamerkan poster berkaitan dasar tidak menerima hadiah (no gift policy) di pintu masuk utama, Bahagian, Cawangan dan lokasi yang bersesuaian untuk peringatan kepada pihak awam sebagai usaha mengekang amalan pemberian hadiah di premis Kerajaan. Contoh format poster berkaitan dasar ini adalah seperti di Lampiran UP.7.2.5 (C). H. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI 43. Kegagalan mana-mana pegawai mematuhi Ceraian ini boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah P.U. (A) 395/1993. PEMBATALAN 44. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan seperti di bawah adalah dibatalkan. (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998: Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah Di Dalam Perkhidmatan Awam; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy