69 18. Ketua Setiausaha Kementerian atau Pegawai Pengawal dalam menimbang sesuatu kelulusan penerimaan hadiah oleh Jabatan hendaklah mengambil kira ketetapan yang berikut: (i) Jabatan adalah dilarang menjalankan usaha bagi mendapatkan hadiah daripada mana-mana pihak; (ii) hadiah diberikan oleh penderma secara sukarela dan percuma, tanpa sebarang syarat atau ikatan; (iii) penderma tidak mempunyai apa-apa kepentingan dengan Kerajaan dan tidak mengharapkan sebarang balasan; (iv) hadiah yang diterima memberi manfaat atau faedah kepada Jabatan; (v) hadiah hendaklah terlebih dahulu dinilai dan disahkan mempunyai tahap boleh guna yang tinggi dan value for money; (vi) alat ganti, perisian atau lesen perisian bagi hadiah yang diterima hendaklah mudah diperoleh serta kos perolehannya tidak membebankan Kerajaan; (vii) Kerajaan tidak terikat dengan syarikat yang memberi hadiah untuk melaksanakan perolehan yang berkaitan dengan hadiah tersebut seperti alat ganti, perisian, lesen perisian atau penyelenggaraan bagi hadiah yang diterima; (viii) peruntukan Jabatan adalah mencukupi bagi membiayai penyelenggaraan hadiah; (ix) pengendalian sesuatu hadiah itu hendaklah menggunakan pegawai terlatih yang telah sedia ada dan tidak akan menyebabkan pewujudan jawatan baharu; (x) hadiah yang diluluskan penerimaannya hendaklah disenaraikan dalam inventori Jabatan; dan (xi) hadiah yang berupa wang tunai hendaklah direkodkan serta diuruskan menggunakan akaun amanah.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy