Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 7-1 LAMPIRAN UP.7.2.11(G) SYARAT-SYARAT YANG DIKENAKAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 HINGGA DG48 UNTUK BERGIAT DALAM AKTIVITI POLITIK 1. Tatakelakuan Pegawai Awam Segala kegiatan politik hendaklah tidak bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 mengenai tatakelakuan dan lain-lain peraturan yang berkaitan dengannya, termasuk larangan berikut: a) Segala kegiatan politik hendaklah dilakukan di luar waktu bertugas; b) Kegiatan dalam politik hendaklah tidak mengganggu tugas rasmi sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 hingga DG48; c) Tidak boleh menggunakan pengaruh politik bagi menyelesaikan masalah-masalah perkhidmatan demi kepentingan peribadi atau bagi pihak sesuatu kumpulan, pertubuhan, persatuan atau sebagainya; dan d) Tidak boleh menggunakan sebarang maklumat rasmi Kerajaan, peralatan dan kemudahan pejabat untuk kegiatan politik. 2. Cuti Untuk Aktiviti Politik Pegawai hendaklah memohon cuti selaras dengan peraturan yang ditetapkan jika kegiatan politik melibatkan waktu bertugas, terhad kepada aktiviti berikut: a) menghadiri mesyuarat parti politik di Peringkat Kebangsaan sebagai perwakilan; dan b) menghadiri seminar atau bengkel anjuran parti politik, yang membincangkan isu-isu nasional dan pembangunan Negara. Walau apa pun yang dinyatakan di dalam Perkara 2(a) dan (b) di atas, ia adalah tertakluk kepada persetujuan dan budi bicara Ketua Jabatan masing-masing mengikut peraturanperaturan yang ditetapkan. 3. Pembatalan Dan Penarikan Balik Kelulusan a) Kelulusan ini terbatal jika sekiranya pegawai berkenaan ditempatkan sama ada secara lateral dan dinaikkan pangkat ke jawatan pentadbiran sama ada di Kementerian Pendidikan atau Jabatan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy