85 (b) Platform Digital Asset Exchange (DAX) Had pemilikan aset digital tidak melebihi RM300,000. Sekiranya pegawai ingin memperoleh aset digital melalui platform DAX melebihi had yang ditetapkan, pegawai hendaklah memohon kelulusan mengikut tatacara sebagaimana di perenggan 26. (iv) Saham Koperasi Had kumulatif pegangan syer koperasi terhad kepada tidak melebihi RM300,000. Sekiranya pegawai ingin memperoleh syer melebihi had yang ditetapkan, pegawai hendaklah memohon kelulusan mengikut tatacara sebagaimana di perenggan 26. (v) Saham Syarikat Yang Ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri Had pemilikan syer tidak melebihi RM300,000 dalam tiap-tiap satu (1) syarikat yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Sekiranya pegawai ingin memperoleh saham melebihi had yang ditetapkan, pegawai hendaklah memohon kelulusan mengikut tatacara sebagaimana di perenggan 26; atau (vi) Saham Amanah Had pemilikan unit amanah anjuran Kerajaan hendaklah tidak melebihi had yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi tiap-tiap satu (1) unit amanah. Manakala pemilikan unit amanah selain anjuran Kerajaan adalah tidak melebihi RM300,000. Sekiranya pegawai ingin memperoleh unit amanah selain anjuran Kerajaan melebihi had yang ditetapkan, pegawai hendaklah memohon kelulusan mengikut tatacara sebagaimana di perenggan 26. 24. Walau apa pun had yang ditetapkan bagi setiap instrumen pelaburan kecuali di perenggan 23. (iii)(a) dan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan di bawah mana-mana peraturan lain, nilai kumulatif pemilikan/ perolehan bagi syer, saham, debentur, bon, sukuk atau sekuriti lain hendaklah tidak melebihi RM300,000.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy