Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 5 CERAIAN UP.7.1.1 PERATURAN BERKAITAN PEMBENTUKAN DAN KEANGGOTAAN PIHAK BERKUASA TATATERTIB TUJUAN 1. Ceraian ini adalah untuk memaklumkan pembentukan dan keanggotaan Pihak Berkuasa Tatatertib serta tatacara permohonan untuk penggantian mana-mana anggota Lembaga Tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 [P.U.(A) 396/1993] dan Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pelajaran 1994 [P.U.(A) 458/1994]. LATAR BELAKANG 2. Sesuatu tindakan tatatertib ke atas mana-mana pegawai yang telah melakukan pelanggaran tatatertib hendaklah dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (PBTT) atau Lembaga Tatatertib (LTT) yang mempunyai bidang kuasa sebagaimana ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 [P.U.(A) 396/1993] dan Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pelajaran 1994 [P.U.(A) 458/1994]. PELAKSANAAN Pembentukan dan Keanggotaan Pihak Berkuasa Tatatertib 3. Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan, pembentukan serta keanggotaan sesebuah LTT di peringkat Kementerian dan Jabatan adalah seperti diperuntukkan di bawah peraturan serta Jadual berikut: (i) Peraturan 2, P.U.(A) 396/1993 (terpakai kepada pegawai lantikan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam); dan (ii) Peraturan 2, P.U.(A) 458/1994 (terpakai kepada pegawai lantikan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy