Tatakelakuan Pengurusan Tatatertib Pegawai Awam

 83 UP.7.4.3 maklumat tidak lengkap dan tidak dapat diperolehi untuk membuktikan kesalahan pegawai atau pegawai tidak lagi berkhidmat dalam perkhidmatan awam; (e) mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai sekiranya hasil siasatan Ketua Jabatan mendapati terdapat pelanggaran tatakelakuan selain daripada yang dilaporkan oleh PBI; (f) mengemukakan laporan lengkap kepada PBTT yang berkenaan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh dokumen lengkap diterima daripada PBI atau pihak yang berkenaan sekiranya Ketua Jabatan mendapati tindakan tatatertib dapat diambil berdasarkan LPBI dan hasil siasatan Ketua Jabatan; (g) memaklumkan kepada PBI dengan seberapa segera mengenai penentuan Pengerusi PBTT sekiranya wujud atau tidak wujud kesalahan melalui Lampiran UP.7.4.3(C) - Maklum Balas Keputusan Tatatertib Terhadap Laporan Pihak Berkuasa Integriti (Bahagian I: Maklum Balas Penentuan Pengerusi PBTT); (h) memaklumkan keputusan/hukuman bagi kes berkenaan kepada PBI sebaik sahaja PBTT membuat keputusan tersebut melalui Lampiran UP.7.4.3(C) (Bahagian II: Maklum Balas Keputusan/Hukuman) sekiranya wujud kesalahan; (i) memaklumkan PBI mengenai kelewatan tersebut melalui Lampiran UP.7.4.3(C) (Bahagian II: Maklum Balas Keputusan/ Hukuman) sekiranya kes yang dibawa kepada PBTT tidak dapat diselesaikan dalam tempoh sembilan (9) bulan dari tarikh laporan lengkap dikemukakan kepada PBTT; dan (j) memaklumkan PBI keputusan rayuan pegawai berkenaan melalui Lampiran UP.7.4.3(C) sekiranya pegawai didapati bersalah dan mengemukakan rayuan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy